Artikel Pilihan

JABATAN KASTAM: KERETA TIDAK DIKENAKAN SST. BETUL KE NI?

Umum maklum bahawa mulai 1 September 2018, kerajaan akan mula memperkenalkan sistem cukai baharu iaitu Cukai jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan cukai GST.

Kini, industri automotif sedang menikmati tempoh ‘tax holiday’ yang menyaksikan jualan kenderaan begitu rancak di seluruh negara. Biarpun begitu, wujud kebimbangan ketara bahawa kerancakan itu akan berhenti sebaik sahaja tempoh sifar GST itu tamat mulai 1 September depan.

Menurut laporan Malaysiakini, satu senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam menunjukkan kenderaan penumpang merupakan antara barangan yang akan dikecualikan daripada SST.

Antara jenis kenderaan yang mendapat pengecualian tersebut ialah sedan, wagon, pacuan empat roda dan kereta lumba. Pengecualian tersebut turut melibatkan pelbagai aksesori kenderaan seperti pam bahan api dan sebagainya.

Jika benar, sudah pasti harga kereta sekarang akan kekal dan tidak mengalami kenaikan. 

Perkembangan terbaru ini jelas kontras dengan laporan Utusan Malaysia, di mana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan harga kereta akan naik berikutan pengenalan SST.

Malah, MAA menurunkan sasaran Jualan Keseluruhan Industri (TIV) kepada 585,000 pada tahun ini. Sasaran awalnya ialah sebanyak 590,000 unit kenderaan.

“”SST 10 peratus, sedangkan GST 6 peratus. Jadi, kebanyakan model kereta akan mengalami kenaikan harga.

“Memang dalam tempoh Jun hingga September, permintaan untuk mendaftarkan kenderaan adalah tinggi kerana harganya lebih murah. Tetapi, mulai September, saya yakin ia akan lembab sikit kerana kenaikanharga pasti memberi kesan kepada angka jualan,” kata Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad. 

Google ads
Back to top button