Buletin

JAECOO J-CLUB JAMIN KAKITANGAN SERVIS TERKHUSUS UNTUK PELANGGAN J7

JAECOO Malaysia kini melangkah ke fasa seterusnya dengan mula menyerahkan SUV Pacuan Semua Roda J7 kepada para pelanggannya secara berperingkat.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 500 unit J7 telah berjaya diserahkan kepada pelanggan.

Menariknya, JAECOO kini bersiap sedia untuk menyerahkan versi J7 Pacuan Dua Roda kepada pengedar lebih awal daripada jadual asal yang dijangka pada bulan September.

Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata, “Pengalaman pemilikan premium bersama JAECOO sesungguhnya adalah satu perjalanan yang menarik. Kami teruja untuk terus bersama pelanggan kami melalui J-Club elit kami.

“Semua pemilik kenderaan JAECOO akan menjadi ahli J-Club elit secara automatik dan sebahagian daripada komuniti pemilik yang dinamik. Antara manfaatnya termasuk seorang kakitangan servis JAECOO yang terlatih akan dikhususkan untuk setiap pemilik demi ketenangan fikiran mereka.”

J-Club juga menawarkan pelbagai faedah eksklusif kepada pemilik, termasuk tawaran perkhidmatan penyenggaraan tempoh terhad dan peluang untuk menyertai aktiviti sosial seperti glamping serta bengkel penjagaan kereta.

Ahli-ahli J-Club akan menerima jemputan eksklusif untuk acara-acara istimewa, termasuk kerjasama artis, pameran auto, dan peluang melawat kilang JAECOO di China.

Acara sulung J-Club dijadualkan pada 7 September dari jam 5.30 petang hingga 10.00 malam di Sentul Pavilion, Kuala Lumpur.

Selain itu, JAECOO komited dalam membina komuniti pemilik yang bersemangat, menyediakan platform terbuka untuk para pemilik berinteraksi dan berkongsi minat mereka, terutamanya mengenai penggunaan ciri-ciri berguna J7 seperti Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2.

Ahli-ahli J-Club akan menerima maklumat terkini mengenai JAECOO melalui e-mel, platform sembang seperti WhatsApp dan WeChat, serta laman Facebook J-Club yang dikhususkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my.

Google ads
Back to top button