
PROTON e.MAS 7 MEMACU ASEAN UNITY DRIVE 2025 – MERENTASI 9 NEGARA DALAM MISI REVOLUSI EV!
PROTON New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat PROTON, sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap mobiliti elektrik dengan menjadi penaja utama ASEAN Unity Drive 2025.
Acara ini bukan sekadar ekspedisi biasa – ia adalah simbol perubahan, memperkukuh penerimaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh ASEAN!
Bermula di Menara MITI – Langkah Besar ke Hadapan!
Acara flag-off rasmi berlangsung di Menara MITI, Kuala Lumpur, dengan kehadiran tokoh-tokoh penting industri termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi MARii, YBhg Datuk Dr Aminar Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, YBrs En Azrul Reza Aziz, Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar, serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Dua Laluan, Satu Misi Besar!
ASEAN Unity Drive 2025 berlangsung dari 16 April hingga 8 Mei 2025, merentasi dua laluan epik:
- Laluan Utara: Hanoi (Vietnam) → Vientiane (Laos) → Phnom Penh (Kemboja) → Bangkok (Thailand) → Georgetown (Pulau Pinang) → Kuala Lumpur (Malaysia)
- Laluan Selatan: Manila (Filipina) → Sabah (Malaysia) → Bandar Seri Begawan (Brunei) → Sarawak (Malaysia) → Jakarta (Indonesia) → Singapore → Kuala Lumpur (Malaysia)
Dengan menyusuri sembilan negara, acara ini bakal menguji ketahanan, kecekapan serta kemampuan EV nasional pertama Malaysia – Proton e.MAS 7, bersama Proton X50 dan X70 dalam mengharungi pelbagai bentuk muka bumi di rantau ASEAN.
e.MAS 7 – Lambang Mobiliti Elektrik Malaysia di Pentas Dunia!
Sebagai tunjang utama ASEAN Unity Drive 2025, Proton e.MAS 7 bakal menjalani ujian prestasi dunia sebenar, menampilkan teknologi canggih, jarak perjalanan yang mengagumkan serta keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan jalan dan iklim.
“Penyertaan dalam ASEAN Unity Drive 2025 adalah pencapaian besar bagi PRO-NET dalam menerajui peralihan ke arah mobiliti elektrik,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.
“Selepas kejayaan Jelajah e.MAS 7 sebelum ini, ini adalah peluang terbaik untuk menampilkan kebolehannya di pentas antarabangsa.”
- BACA: JAECOO MALAYSIA BERTERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN ATAS KEJAYAAN JENAMA
- BACA: WRC2 2025- GUS GREENSMITH MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI SAFARI RALLY KENYA
- BACA: FORD PATENKAN “GEAR SHIFTER” MANUAL UNTUK EV – NOSTALGIA ATAU GIMIK?
- BACA: PEMANDU KERETA REMPUH PENUNGGANG MOTOSIKAL BAWAH JEJAMBAT DITAHAN