Buletin

HONDA FURY, BUKAN CHOPPER CUSTOM TAPI BUATAN ASLI HONDA!

Di dalam dunia motosikal chopper custom (buatan khas), biasanya pemilik atau bengkel akan mengubahsuai motosikal sedia ada mengikut kreativiti masing-masing.

Dengan pelbagai konsep kreatif, ubah suai yang dibuat sehingga model asal terus tenggelam dan tidak dikenali. 

Walaupun begitu, ada pengeluar yang lari daripada kebiasaan sebagai contoh Honda yang menawarkan Fury dengan gaya chopper custom terus dari kilang!

Honda Fury 2010

Fury bukan baharu, chopper ini dikeluarkan sejak 2009 untuk pasaran Amerika Syarikat dan turut dikenali sebagai VT1300CX di beberapa pasaran lain.

Walaupun sarat dengan pengaruh Amerika Syarikat, chopper ini hasil kerjasama Honda Amerika Syarikat dan Jepun.

Kerangka, badan dan komponen suspensi depan dan belakang adalah hasil pereka Honda R&D Americas (HRA) yang bekerjasama dengan jurutera Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Honda di Asaka, Jepun.

Fury juga dipasang di Jepun dan dieksport ke Amerika Syarikat.

Honda Fury 2010

Walaupun menggunakan konsep custom, rekaan dan buatan Fury nampak kemas dan sopan yang sinonim dengan jenama Honda.

Dikeluarkan sejak 2009, Honda mengumumkan Fury masih kekal untuk 2023 dan boleh dinikmati pengguna Amerika Syarikat.

Fury digerakkan enjin 1,312cc SOHC V Berkembar dengan sudut 52 darjah dan tiga injap setiap silinder.   

Enjin itu dipadan bersama transmisi manual lima kelajuan dengan kuasa dihantar ke roda belakang menggunakan aci pacu.

Honda Fury 2014

Seperti biasa, pancitan bahan api menggunakan sistem PGM-FI dan badan pendikit tunggal saiz 38 milimeter (mm).

Penunggang dibekalkan tangki minyak yang nampak langsing dan mempunyai kapasiti 12.8 liter. Bukan setakat tangki, radiator dengan sejukan cecair juga dibuat kemas dan langsing.

Satu lagi faktor yang menampakkan Fury kemas dan sopan selain gayaan minimalis ialah suspensi belakang yang tersorok. 

Penyerap hentak itu mempunyai lima larasan dan menggunakan sistem injap dalaman yang canggih untuk keselesaan tunggangan.

Honda Fury 2020

Sebagai sebuah chopper, pelana Fury berukuran 26.9 inci tinggi dengan jarak kelegaan bumi 4.9 inci.

Hendal yang rendah dan ringkas pula menempatkan meter yang mengandungi maklumat seperti kelajuan, jarak perjalanan, tekanan minyak, suhu cecair penyejuk dan jam.

Satu lagi yang menarik, meter kelajuan adalah jenis elektrik dan menggunakan sensor kelajuan elektronik dan tidak memerlukan kabel pada roda depan.

Honda Fury 2013

Reka bentuk rim yang sinonim dengan chopper custom pada Fury dipadan bersama tayar berukuran 90/90-21 di depan dan 20/50-18 di belakang.

Menghentikan chopper ini ialah brek hidraulik dua omboh dengan cakera 336 mm di depan dan angkup omboh tunggal di belakang dan cakera 296 mm. 

Hanya satu warna ditawarkan untuk Fury di Amerika Syarikat iaitu Kuning Mutiara dan dijual pada harga AS$11,499.00 (RM50,263.47).

Honda Fury 2010

BACA: HONDA CUB E:, DAX E: DAN ZOOMER E: DIPERKENAL DI CHINA, GUNA BATERI! 

BACA: HONDA LEGEND KC2, MODEL LEGEND TERAKHIR PADA 2021 

BACA: HONDA N-WGN 2022 DENGAN KIT HONDA ACCESS! ADA 3 TEMA 

Honda Fury 2010

Google ads
Back to top button