Buletin

MODEL PENGGANTI MCLAREN 720S SUDAH HABIS TERJUAL HINGGA 2024!

Semenjak mula diproduksikan pada tahun 2017, McLaren akhirnya mengumumkan penamatan pengeluaran bagi model supercar 720S pada tahun ini.

Berita baiknya, McLaren sudah pun merancang untuk memperkenalkan model pengganti 720S, berdasarkan laporan terbaharu daripada Automotive News.

Presiden McLaren Amerika, Nicolas Brown berkata, “pelanggan kami menjangkakan model pengganti ini merupakan versi penambahbaikan bagi 720. Mereka faham ia bukan model generasi baharu, atau model serba baharu, namun mereka telah pun meletakkan wang deposit biarpun kami tidak memberitahu apa-apa.

Secara ringkasnya, model pengganti 720S ini biarpun masih lagi belum mempunyai nama rasmi, ia sudah pun habis terjual hingga tahun 2024!

Tiada sebarang info spesifikasi yang didedahkan buat masa ini, namun McLaren sebelum ini pernah diberitakan bekerjasama dengan Lockheed Martin bagi membangunkan rekaan supercar yang futuristik. – Automotive News

Google ads
Back to top button