Motosikal

STALLIONS: CAFÉ RACER MADE IN THAILAND!

Sewaktu mengunjungi acara Bangkok International Motor Show (BIMS 2016) baru-baru ini, saya sempat berkenalan dengan jenama motosikal dari Thailand, Stallions.

Stallions-Thailand-BIMS-2016-mekanika (5)

Tidak saya sangka, bukan mudah juga untuk mendapatkan maklumat mengenai Stallions. Di BIMS 2016, semua maklumat yang disediakan adalah dalam bahasa Thai. Lebih sukar lagi, setiap soalan saya tanya tidak difahami oleh beberapa kakitangan Stallions yang berada di sana.

Namun, kekecewaan itu sedikit terubat apabila melihat barisan model bobber dan cruiser yang mereka hasilkan. Harus diakui bahawa rekaan retro serta hasil buatan motosikal ini memang berkualiti dan tidak nampak murah.

Stallions-Thailand-BIMS-2016-mekanika (7)

Motosikal Stallions dihasilkan oleh syarikat Power Stallion Co. Ltd. Berpangkalan di wilayah Bangkapi Bangkok, Thailand, ia 100 peratus milik anak tempatan.

Sebelum ini, beberapa model Stallions dikatakan dikilang oleh Tiger Motorcycles. Namun, sejak akhir tahun 2012, Stallions membuka kemudahan produksinya sendiri.

Stallions-Thailand-BIMS-2016-mekanika (11)

Antara model Stallions yang popular ialah varian Stallions Centour seperti Café Racer, Master dan Sport Classic. Model ini banyak dimodifikasi oleh syarikat custom terkenal di Thailand termasuklah Zeus Custom.

Kebanyakan model Stallions digerakkan oleh enjin bersesaran 150cc dan 125cc. Tetapi  ada juga yang menerima enjin sebesar 400cc. Enjin-enjin ini dipercayai buatan China.

Stallions-Thailand-BIMS-2016-mekanika (13)

Bagi enjin 150cc, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 14hp dan tork 13.2Nm serta dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Harganya pula, Stallions Centour 150 Café misalnya ditawarkan pada 64,900 bhat (RM7,300) seunit.

Stallions-Thailand-BIMS-2016-mekanika (9)

Lebih menarik lagi, model terpakainya dikatakan mendapat sambutan tinggi. Sebab itulah ia cukup popular dalam kalangan penunggang yang ingin mencari kelainan.

Google ads
Back to top button