Buletin

TEASER DELOREAN EVOLVED DIDEDAHKAN, DMC-12 DENGAN TRENKUASA ELEKTRIK

Syarikat DeLorean telah memuatnaik teaser kereta elektrik (EV) pertama yang bakal dilancarkan pada tahun ini, dirujuk sebagai DeLorean EVolved.

Menariknya, model baharu ini bakal menampilkan ciri rekaan ikonik pintu gullwing seperti yang terdapat pada model asal DMC-12, serta logo V beriluminasi pada bahagian gril hadapan.

Berdasarkan teaser terbaharu ini, model DeLorean baharu ini bakal membawakan trenkuasa elektrik dengan rekaan oleh Italdesign, dan dibina sendiri oleh syarikat DeLorean Motor Company.

Syarikat itu walau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi yang bakal ditawarkan, besar kemungkinan ia merupakan model produksi terhad.

Namun sebelum ini, syarikat Italdesign telah bekerjasama dengan Williams Advanced Engineering bagi membangunkan sebuah platform modular EVX yang boleh dijadikan sebagai asas untuk model-model berprestasi tinggi dalam unit penghasilan terhad.

Senibina EVX ini mampu menawarkan kuasa setinggi 1,360 PS dengan jarak pemanduan maksimum 1,000 km untuk sekali cas penuh.

Google ads
Back to top button