Buletin

JENTERA F1 LEWIS HAMILTON UNTUK DIJUAL

Ini ada satu berita baik untuk mereka yang sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli. Jika ada antara kita yang sedang tercari-cari sebuah kereta yang laju dengan sistem mekanikal terbaik di dunia, ini peluang yang jarang ada untuk membeli sebuah kereta F1 yang telah dipandu oleh Lewis Hamilton pada musim F1 2014.

Bukan selalu kita dapat beli kereta lumba popular yang baharu sahaja berusia lima tahun. Biasa ia disimpan pengeluar dan hanya akan dijual dalam jangka masa yang lama.

Sepertimana yang kita semua ketahui, kereta-kereta F1 merupakan kereta lumba terulung di dunia dengan lambakan teknologi moden disatukan dalam sebuah kereta dan kini ia boleh dibawa pulang ke rumah (tapi mesti beli dulu la brader) oleh pembeli yang bertuah.

BACA: THE GODFATHER-MERCEDES-AMG G 63 RM1.2JUTA!

Menurut laman jual beli kereta klasik, All Time Stars, Mercedes-Benz telah menyenaraikan jentera AMG Petronas F1 W04 ini untuk jualan. Kereta ini juga telah membantu pasukan tersebut merangkul tempat kedua untuk Mercedes pada musim tersebut dan merupakan kereta yang menjadi gandingan kepada Nico Rosberg dengan 3 kemenangan, sembilan kali podium dan lapan kali merebut petak pertama.

Lupakan Mitsubishi Evolution 6.5 Tommi Makinen Edition jika anda mahukan sesuatu yang super eksklusif. Tak payah fikir nak beli aksesori dari mana-mana kedai aksesori Ah Keong ataupun pergi tukar ekzos perang kerana semuanya sudahpun cukup lengkap untuk kereta ini. Engkau nak tukar seat? Seat dah super mahal. Stereng? Kemon la ini stereng F1 orimotor tau, bukan Momo ori design.

Paling cool sekali ialah kerana ia merupakan kereta F1 Mercedes yang terakhir sekali menggunakan enjin V8 dengan putaran enjin maksima 18,000rpm. Okey, Type-R ori ke convert ke, sila ke tepi. Ini hampir dua kali ganda putaran enjin VTEC tau. Enjin ini mempunyai kapasiti 2.4-liter dan mampu menghasilkan 830 bhp kuasa maksima. Regulasi F1 kini menetapkan penggunaan enjin V6 turbo yang lebih senyap. Hilang terus feel deruman enjin F1 yang ikonik.

BACA: NICO ROSBERG RAKAM SELFIE TERAKHIR DALAM MERCEDES F1 W07 SEBELUM BERSARA

Bagaimanapun kereta ini sebenarnya tidak halal digunakan di atas jalan raya kerana ia tidak cukup syarat contohnya ketiadaan lampu-lampu bantuan pemanduan. Hon memang tak ada la. Ia juga tidak mempunyai waranti selepas jualan jika terdapat sebarang kerosakan. Sama juga kalau beli kereta biasa dekat used car, kebanyakannnya cuma janji manis untuk melariskan jualan. Bila dah tukar nama, mula la berdolak-dalik bila pelanggan cuba menuntut waranti.

Macam mana? Berkenan tak? Kami pun berkenan tetapi masalahnya cuma satu je, duit. Setakat jual buah pinggang tujuh kilo pun rasa macam tak lepas lagi ni. Berapa harganya? Maaf tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi All Time Stars sendiri untuk bertanyakan harga.

Google ads
Back to top button