Artikel PilihanBuletin

JENTERA RALI TOYOTA GT86 CS-R3

Toyota GT86 CS-R3 akan melakukan debut pada pusingan kesembilan perlumbaan rali ADAC Rallye Deutschland dalam kalendar Kejohanan Rali Dunia (WRC) FIA tahun ini. 

toyota-GT86-CS-R3-mekanika (3)

Dijuruterakan oleh pihak Toyota Motorsport (TMG), GT86 versi perlumbaan ini menandakan bahawa Toyota kembali berkecimpung dalam sukan rali menerusi jentera pacuan roda belakang, selepas model Celica TA64 Twin-cam Turbo beraksi pada tahun 1980-an.

Keputusan untuk membangunkan jentera rali ini bertepatan dengan tema global Toyota iaitu “fun to drive, again”. Walaupun prototaip GT86 CS-R3 telah didedahkan pada acara WRC, jentera seumpamanya yang lengkap dengan kit-kit boleh dimiliki oleh pelanggan yang berminat dalam sukan rali.

toyota-GT86-CS-R3-mekanika (5)

GT86 CS-R3 yang tidak bersaing dalam ADAC Rallye Deutschland (sekadar menjadi “pathfinder” zero car) akan dipandu oleh juara dunia rali wanita dua kali, Isolde Holderied.

Tugas utama Holderied adalah untuk menilai prestasi GT86 CS-R3 supaya ubah suai akhir boleh dilakukan berdasarkan kepada homologasi kriteria perlumbaan R3 antarabangsa.

toyota-GT86-CS-R3-mekanika (1)

Program pembangunan ekstensif TMG memberi fokus kepada aspek pengurangan berat, keselamatan, ketahanan dan keseronokan. Kelas FIA R3 membenarkan modifikasi dibuat pada enjin Boxer 2.0L, perisian dan elemen-elemen fizikal seperti cam-lift dan nisbah mampatan. Ini membolehkannya menjana input sehingga 250bhp.

“Kami telah menerima maklum balas memberangsangkan terhadap kereta ini daripada para pelanggan. Justeru, kami memerlukan data daripada ADAC Rallye Deutschland untuk memuktamadkan program pembangunan kami,” kata Ketua Jurutera TMG – Pelanggan Sukan Bermotor, Nico Ehlert.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button