Modifikasi

RB POWERED MERCEDES-BENZ 190E

Tidak boleh kita sangkal bahawa enjin Jepun memang sangat reliable, tahan lasak dan senang nak dibaiki. 

mercedes-benz-190E-mekanika (2)

Kalau bandingkan kapasiti, enjin Jepun menang dari banyak aspek. Ini berikutan kekangan di Jepun, enjin yang besar maksudnya cukai tinggi dan shaken (inspection) pun mahal tak ingat.

Sebelum kedatangan Nissan Skyline, kereta sports berkuasa tinggi dalam industri  datang dari Itali, Britain atau Amerika Syarikat. Apabila Jepun berjaya menghasilkan enjin 6 selinder sebaris yang kecil dengan turbo, ia mengejutkan dunia.

mercedes-benz-190E-mekanika (4)

Sebagai contoh, pengkadaran kuasa kuda bagi setiap liter enjin Skyline lebih tinggi berbanding sebuah Ferrari F40. Apabila dikira dari segi nisbah kepada berat bersih HP per tan juga, RB26DETT masih enjin yang berada di kedudukan tertinggi.

Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, enjin RB26DETT adalah kemuncak kejayaan siri RB dan sebabnya ialah GT-R. Ia tidak berkongsi dengan kereta lain. Versi kecil tetapi pasaran luasnya ialah RB25DET yang tak kurang hebatnya.

mercedes-benz-190E-mekanika (9)

Hilang beberapa kilo tork dengan pengkadaran AFR yang disesuaikan dalam banyak jenis kereta untuk ekonomikal dan transmisi automatik, RB25DET adalah contoh baru yang menjadikan dunia motorsport meriah.

BACA – MERCEDES 190E SI KUDA BESI!

Untuk memeriahkan lagi dunia motorsport di Terengganu, Hasnin telah melangkah setapak ke depan dengan membuat semula Mercedes 190E lama ini. Kalau ikut garis reka bentuk, 190E memiliki transisi bentuk moden dan klasik.

mercedes-benz-190E-mekanika (12)

Parkir sebelah E92 pun tidak nampak perbezaaan usia yang ketara. Walaupun pada hakikatnya, kereta ni dah nak mencapai status klasik. Pada zaman kegemilangannya, ia mengekori kejayaan cemerlang 124 E-Class.

Idea untuk membina semula kereta ini timbul selepas sedar bahawa kalau dimodifikasi enjin asal memang tak ke mana. Setelah bertanya ramai orang dan mengumpul pendapat, Hasnin memilih enjin RB25DET dan bukannya 2JZ seperti yang biasanya dibuat. Kata pomen yang buat kereta ni,  masuk enjin RB pun tidak susah sebab kedudukan cagaknya yang tidak lari jauh.

BACA – MERCEDES W115 KLASIK

BACA – CONTI-MOD, MORRIS MARINA

Enjin ini bukan sahaja duduk kemas, tetapi pemasangannya juga teliti. Walaupun wayar nampak berselirat, kalau belek dekat-dekat, nampak macam enjin asal dari kilang yang dah lama usianya. Penutup rocker dicustomkan dengan ‘MERCEDES BENZ 2.5 24V’ yang bagi saya satu idea bijak. Macam gabungan AMG Dengan NISMO pula saya  rasa.

Enjin tidak banyak diusik kecuali penambahan penapis udara HKS, paip stainless steel dibuat semula dengan hos Samco, sebuah radiator aluminium Mines dan intercooler HKS. Tersorok sedikit daripada paip luar ialah blow-off APExi dengan boost yang ditetapkan pada paras 1 bar. 1 bar je? Cukuplah buat apa nak cari pasal dengan enjin yang baik hati? Sistem ekzos ditingkatkan dengan paip Blitz 3 inci sampai ke belakang yang dibisingkan oleh peredam bunyi Fujitsubo Giken.

mercedes-benz-190E-mekanika (23)

Hasnin menggabungkan enjin ini dengan transmisi manual lima kelajuan dan klac Nismo. Dah berapa kali saya cuba RB dengan transmisi auto, tak best langsung.  Masalah sistem transmisi lama, ia bergerak secara konvensional. Kalau boleh gabungkan RB dengan DSG, saya percaya enjin lagi power dan minyak tidaklah pelahap melampau.

Secara teori, enjin Jepun dengan kereta conti akan menghasilkan kuasa dan realibiliti pemanduan yang best. Penentuan best itu sebenarnya bergantung pada pengendalian yang menjadi sangat kritikal sebab bila anda buat transformasi enjin dan bukan berdasarkan konfigurasi kilang.

mercedes-benz-190E-mekanika (16)

Mendapatkan ketetapan jajaran memang mencabar dan suspensi yang bagus biasanya dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kereta ini dipasangkan dengan suspensi aftermarket Bilstein yang mengikut spec asal Benz bersama spring APEXi. Breknya pula dipertingkatkan dengan brek 124 dan pad Bendix.

 

10 tahun dulu kalau pasang rim 18 pada kereta ni nescaya akan membuatkan satu kampung riuh-rendah. Sekarang orag dah tak peduli. Jazz atau Myvi pun dah bersepah yang guna. Terima kasih kepada tayar China dan Indon serta rim Taiwan. Kereta ini menggunakan tayar Bridgestone bersaiz 225/40 di depan dan Goodyear 255/35 di belakang.

mercedes-benz-190E-mekanika (18)

Bahagian dalaman nampaknya masih mengekalkan keaslian Mercedes. Keaslian? Maksud saya, papan pemuka dan tempat duduk tidak diganti dengan SPG atau Type-R. Stereng Nardi STI itu bagaimanapun macam kontras dengan kereta ini. Penambahan lain ialah bosst meter Blitz, sistem audio Alpine dan knob gear Momo.

Bahagian luar banyak didominasi oleh AMG. Bonet dan bampar belakang itu versi AMG dan skirtnya Cosworth. Kalau anda nak tau, 190E ada model flagship yang dipanggil Evolution. Dia punya wing belakang tu dah serupa Mitsubishi  Evo 3.
[hr]GALERI

mercedes-benz-190E-mekanika (3)mercedes-benz-190E-mekanika (10)mercedes-benz-190E-mekanika (11)mercedes-benz-190E-mekanika (8)mercedes-benz-190E-mekanika (14)mercedes-benz-190E-mekanika (13)mercedes-benz-190E-mekanika (19)mercedes-benz-190E-mekanika (22)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button