
Buletin
HELIKOPTER MI-17 TERHEMPAS. 4 TENTERA INDONESIA MAUT
Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh manakala lima lagi cedera selepas helikopter MI-17 milik TNI terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal di Jawa Tengah, Indonesia.
Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI dalam misi latihan penerbangan.
“Lima lagi cedera dalam kejadian itu dan telah dibawa ke hospital,” katanya.
Difahamkan, helikopter berkenaan dalam misi latihan penerbangan di Pusat Penerbang AD, Semarang Jawa sebelum ia terhempas dan terbakar.
Beliau menambah keadaan helikopter buatan Rusia itu dalam keadaan baik sebelum melakukan penerbangan.
Katanya, punca kejadian nahas helikopter masih dalam siasatan. – Bernama
- BACA: ISI MINYAK HELIKOPTER DI STESEN SHELL, JURUTERBANG DICARI POLIS
- BACA: SELEPAS 50 TAHUN, KHIDMAT 12 UNIT HELIKOPTER NURI DIREHATKAN
- BACA: PESAWAT PIA TERHEMPAS DI KAWASAN KEDIAMAN DI PAKISTAN. LEBIH 107 DIKHUATIRI MAUT
- BACA: BOEING SOROK MAKLUMAT TENTANG MODEL 737 DARIPADA JURUTERBANG – BIAR BETUL?









