Buletin

KERAJAAN INDONESIA DIMINTA JANGAN TERLALU GHAIRAH BELI JET PEJUANG MAHAL

Kerajaan Indonesia diminta ‘berbelanja secara berhemah’ dalam mengendalikan pembelian 42 jet pejuang Dassault Rafale dari Perancis dan 36 pesawat perang F-15 dari Amerika Syarikat (AS).

Menurut penganalisis pertahanan, Anton Aliabbas, langkah itu penting bagi memastikan kerajaan tidak terjerumus dalam masalah sama yang kini dialami dengan Korea Selatan.

Indonesia sebelum ini dilapor telah membeli 42 buah pesawat pejuang dan senjata dari Perancis dari Perancis. Dalam perkembangan berkaitan, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meluluskan penjualan jet pejuang F-15 bernilai AS$13.9 bilion (RM58.2 bilion) kepada republik tersebut. 

Penjualan itu merangkumi enjin serta peralatan berkaitan termasuk senjata api dan sistem komunikasi. 

“Memandangkan kos pembelian puluhan aset ketenteraan yang tinggi, mekanisme dan prosedur pembayaran kontrak perlu dikawal supaya masalah pembayaran kontrak perolehan tidak berulang lagi. 

“Sebagai contoh, masalah pembayaran kontrak KFX/IFX dengan Korea Selatan yang berlaku ketika ini,” katanya.

Indonesia dan Korea Selatan menandatangani persetujuan kerjasama untuk berkongsi kos pengeluaran jet pejuang KFX/IFX pada 2014 dan 2016.

Dalam kontrak itu, kerajaan Korea Selatan akan menanggung kos perbelanjaan sebanyak 60 peratus dan bakinya dibahagi sama rata antara Indonesia dan Industri Aerospace Korea.

Masalah mula timbul apabila pasukan jurutera negara ini tidak diberi akses menggunakan teknologi di Korea Selatan kerana masalah diplomatik memandangkan Indonesia tidak mempunyai perjanjian teknologi peringkat tinggi dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, kerajaan menegaskan projek berkenaan tetap akan diteruskan kerana Indonesia bakal mengalami kerugian besar jika membatalkannya. – Utusan Malaysia 

Google ads
Back to top button