PESAWAT VIETJET TERGELINCIR LANDASAN, TIADA KECEDERAAN
Sebuah pesawat penumpang, Vietjet tergelincir landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam namun tiada penumpang cedera.
Vietjet berkata, pesawat yang tiba dari pulau peranginan, Phu Quoc tergelincir landasan berikutan hujan lebat dan angin kencang, lapor Reuters.
“Pesawat, penumpang dan anak kapal semuanya selamat,” kata Vietjet dalam satu kenyataan tanpa menyatakan bilangan penumpang pesawat tersebut.
Laporan media tempatan berkata, lapangan itu ditutup dalam insiden yang membabitkan pesawat Airbus, A320neo.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang sedang merakam gambar di luar bangunan lapangan terbang berkenaan, Hoang Trieu, 40, berkata, hujan lebat dan pesawat itu tergelincir sehingga kawasan rumput.
“Salah satu tayar pesawat telah meletup semasa kejadian dan terbenam ke dalam tanah, katanya. – Reuters
- BACA: PESAWAT PIA TERHEMPAS DI KAWASAN KEDIAMAN DI PAKISTAN. LEBIH 107 DIKHUATIRI MAUT
- BACA: ANA JUAL TROLI MINUMAN DALAM PESAWAT, RM3,850 SEUNIT
- BACA: PESAWAT LIONAIR MELETUP DI MANILA. 8 ANGGOTA PERUBATAN DAN PESAKIT MAUT
- BACA: PRESIDEN MEXICO CUBA JUAL PESAWAT MEWAH. MAHU GUNA WANG BELI PERALATAN PERUBATAN