Buletin

JIMAT DAN BERGAYA DENGAN FLUX. BAYARAN BULAN PERTAMA CUMA RM99

FLUX menawarkan penjimatan hebat untuk bulan pertama langganan buat pelanggan baharu sepanjang musim perayaan kali ini. 

Sama ada anda mahu memandu Mercedes-Benz CLA 45 AMG atau Toyota Yaris, bayaran bulanan pertama hanya RM99. Tawaran tempoh terhad boleh didapati mulai sekarang hingga Rabu, 3 Jun 2020.

Ditawarkan untuk pelan langganan 24 atau 36 bulan dengan pakej perbatuan Lite (1,250km) dan Standard (2,000km), promosi ini boleh dinikmati untuk smua kereta baharu serta terpakai FLUX. 

Selari dengan pelancaran kempen Subscribe to Own, Raya Style & Savings bersama FLUX, pelanggan kini boleh menikmati perbelanjaan tahun pertama lebih murah, jimat sehingga 36 peratus berbanding pinjaman untuk kereta yang sama.

Pelanggan baharu hanya perlu melayari laman web www.driveflux.com, buka akaun dan pilih kereta yang diingini. Langganlah hari ini dan terima kereta anda dalam masa tujuh hari dengan bayaran cuma RM99 untuk bulan pertama. 

Menarik juga ni.. 

Tags
Google ads
Back to top button