MAZDA MULAKAN PRODUKSI MX-30 DI KILANG UJINA. TIBA DI PASARAN EROPAH Q3 2020
Mazda sudah memulakan produksi kenderaan elektrik pertamanya, MX-39 di kilang Ujina, Hiroshima, Jepun. SUV yang bergaya dan versatil dilihat mendapat maklum balas memberangsangkan di pasaran Eropah.
MX-30 dikuasakan oleh rangkaian kuasa elektrik baharu Mazda, e-Skyactiv. Rangkaian kuasa dengan pacuan roda hadapan itu dijana leh sebuah motor elektrik AC synchronous berkuasa 107kW (145PS) yang dibekalkan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 35.5kWh.
Ia membolehkam MX-30 bergerak sejauh 200km dengan skali caj. Direka untuk menawarkan keseimbangan optimum di antara jarak pemanduan dan emisi CO2 daripada perspektif LCA (Life-Cycle Assessment), sistem bateri itu boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa 40 minit menggunakan pengecasan pantas DC.
Kerangka Skyactiv-Vehicle dibina khas untuk MX-30 untuk menjanjikan pemanduan lancar. Digabungkan dengan sistem keselamatan i-Activsense, ia menawarkan pemanduan yang senyap dan seronok dipandu seperti kereta Mazda yang lain.
Penampilan MX-30 diserlahkan menerusi falsafah rekaan KODO. Gayaannya yang ringkas bersama pintu seperti model RX-8 itu bukan sahaja memberikan ruang dalaman luas, malah membuatkannya berbeza berbanding pesaingnya.
Sudah boleh ditempah mulai sekarang, MX-30 dijangka tiba di pasaran Eropah pada suku ketiga tahun ini.