Buletin

SOCAR KINI BOLEH DIPANDU RENTAS NEGERI!

Mungkin ramai yang belum sedar akan kewujudan platform sewa kereta atas talian yang digelar SOCAR. Ia semakin popular dan memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan kenderaan tetapi tidak mahu membeli dan memiliki sebuah kereta.

SOCAR menawarkan platform sewaan kereta berdasarkan masa yang ditetapkan dan kadar sewaannya juga sangat berpatutan dan munasabah.

Namun “halangan” sebenar platform sewaan seperti ini ialah lokasi had perjalanan yang ditetapkan. Misalnya, jika anda ambil kereta di Wangsa Maju, ia perlu dipulangkan di lokasi yang sama, atau jika dipulangkan di lokasi lain, bayaran tambahan akan dikenakan (atau mungkin lokasi hantaran tersebut memang tidak ada)

Kini SOCAR mengembangkan lagi skop perkhidmatan mereka dengan menawarkan sewaan kenderaan merentasi negeri. Anda boleh sewa di Kuala Lumpur dan pandu sehala ke Johor dan pulang naik bas atau pesawat.

Menariknya, tiada “one way fee” dikenakan.

Setakat ini, SOCAR telah mendaftarkan 2,000 buah kereta dengan 27 model berbeza di bandar-bandar utama, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan yang terbaru di Ipoh

Untuk mendapatkan lokasi perkhidmatan ini, ia boleh disemak menerusi pautan di bawah.

https://blog.socar.my/2019/12/24/intercity/

 “Kami terus berusaha meningkatkan perkhidmatan kami untuk menggunakan SOCAR lebih mudah. Pengguna boleh mengambil kenderaan mereka di lokasi seperti KTM Ipoh, Taman Tesco Ipoh, Caltex Jalan Kampar, Caltex Canning Garden dan Caltex Jalan Pasir Puteh.

“Kami juga akan menghantar kereta tambahan ke Ipoh Parade pada minggu-minggu akan datang kerana kami ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai konsep perkongsian kereta, “kata Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia.

“Di peringkat pengenalan, pengguna baru di Ipoh boleh menikmati 3 jam pertama pada setiap tempahan 2 SOCAR pertama yang mereka buat – mulai sekarang hingga 31 Januari 2020.

Selain bandar-bandar utama, SOCAR juga terdapat di lapangan terbang utama seluruh negara seperti Kuala Lumpur International Airport 1 & 2, Penang International Airport dan Senai International Airport.

Berikut ialah lokasi kereta yang boleh dipandu rentas negeri.

  • Kuala Lumpur :
    • Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
    • Bangsar – KTM Kuala Lumpur
    • Bukit Bintang – Lot 10 Shopping Centre – Valet Carpark
    • Mont Kiara – Desa Sri Hartamas
    • Wangsa Maju – Open Site – PV 128
    • Subang Jaya – Open site – Lot 50700
    • Subang Jaya – Everyday Mall
    • Cyberjaya – The Arc
    • PJ South – Open Site – Durian SS2
    • Shah Alam – KTM Batu 3
  • Johor Bahru :
    • Ah Yit – Parking Lot
    • Nong Chik Riverside
    • KSL Hot Spring Resort
    • Sutera Mall
  • Penang :
    • Bayan Lepas – PS Bayan Baru
    • George Town – Lorong Kinta – Open Site
    • Butterworth – Tesco Extra Seberang Jaya
  • Kuala Lumpur :
    • Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
    • Subang Jaya – Open Site – Lot 50700
  • Johor Bahru :
    • Ah Yit – Parking Lot
  • Penang :
    • Bayan Lepas – Arena Curve
Google ads
Back to top button