Artikel Pilihan

JOM SEMBANG BERSAMA PROTON SAVVY

Alhamdulillah, artikel temubual dengan Proton Tiara itu hari tiada pula yang kaitkan dengan JAKIM mahu pun akidah. Kali ini Brader Karrager bawakan satu lagi sesi sembang, dengan Proton Savvy sewaktu sedang bersarapan di hujung minggu pekena Roti Canai Special sama Teh Tarik Selangor Mansion.

PANDU UJI: PROTON IRIZ 2017 – INILAH KERETA BANDAR YANG ANDA MAHU MILIKI

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA PROTON TIARA

 

Savvy : Hallo Brader. Apa khabar? Jauh menung nampak.

Brader : Eh Savvy. Kau rupanya. Ingatkan Myvi tadi.

Savvy : Isk Brader ni. Agak-agak la kalau iya pun nak samakan saya dengan Myvi tu. Saya saya la. Apahal pulak Myvi perginya?

Brader : Alah kau ni. Seloroh sikit pun nak ambil hati. Meh join aku pekena teh tarik sedap ni.

Savvy : Takpe Brader. Saya pun ni kejap aja sementara tunggu tuan saya pergi cari shawl apa tah kat belakang ni hah.

Brader : Alang-alang kau ada ni, kku nak tanya sikit boleh? Apa pasal nama kau ni nampak macam barat sangat? Nama Tiara tu kan sedap dah.

Savvy : Tahlah Brader. Saya pun keliru juga. Mula-mula ingat nama saya Tiara juga. Tapi bimbang orang kaitkan saya dengan Tiara Jacquelina pula. Kemudiannya ada juga ura-ura nak letak nama Proton Sassy. Tapi macam lagi kelakar bunyinya. Sudahnya nama Savvy ini yang dipilih. Barulah catchy orang kata.

Brader : Nama kau ni memanglah catchy tapi sumpahan kau pun catchy juga dalam Google. Apa kes?

Savvy : Brader ni tak sporting langsunglah. Asyik cari salah saya aja kan. Biasalah tu, pakai part konti manjalah sikit. Kena rajinlah nak cari pomen yang handal nak bela saya ni, terutamanya kalau pakai AMT. Mana nak dapat kereta tempatan yang guna AMT ni kan? kan?

Brader : Memanglah AMT ni sedap, jenis tukar gear manual tapi auto..ke auto tapi manual. Eh, apa-apa jelah. Tapi kalau AMT ni kaput, boleh demam seminggu.

Savvy : Bukannya apa Brader. Saya ni kan kereta yang canggih. Biasanya tuan saya akan hantar diagnos dulu tengok apa yang tak kena. Takdelah sampai nak kena tukar gearbox seketul ke apa. Tak baik tau main cakap lepas. Lepas tu Brader sedar tak, saya ni sebenarnya pernah mendapat pengiktirafan TUV. Pertama seumpamanya dalam sejarah Proton tau.

Brader : Cakap kalau tak kembang kempis hidung boleh tak? Hah, aku dengar enjin 1.2 L Renault D4F yang kau pakai ni sama dengan Renault Twingo, betul ke?

Savvy : Betullah tu Brader. Walaupun enjin saya ni 1.2 sahaja, tapi dia punya pergi silap hari bulan boleh tinggal ETS ni. Kena pula saya ni adalah talaan daripada Lotus yang pertama dari Proton. Bab handling lagi cemerlang dari Tiara tau. Sebab tu di awal pengenalan saya ramai juga yang membuat tempahan. Cumanya itulah, lama kelamaan, saya sedar. Bahawasanya langit tidak selalu cerah. Walaupun dah banyak strategi pemasaran yang Proton gunakan termasuklah pengenalan Savvy Lite, tapi macam tak berbaloi aja nak lawan jualan dengan Myvi tu. Ingat, bolehlah curi sikit kek pasaran kereta kecil ni. Tapi payah rupanya.

Brader : Iyalah. Nak buat macam mana. Selera orang kita ni berbeza. Cuma aku kagum jugalah dengan Proton sebab berani buat recall ke kau dulu. Ingat tak?

Savvy : Ingat. Ingat. Masa tu saya ada problem sikit dengan wheel bearing belakang. Alhamdulillah, takde apa yang serius sangat masa tu.

Brader : Cuma satu jelah yang aku boleh puji pun walaupun ramai orang dok mengata kau siang malam dulu. Setidaknya kau ni Savvy tak pernah lagi aku dengar berita yang pelik-pelik. Langgar orang sampai terbabas ke, guna lorong kecemasan ke, main block-block kereta orang tak tentu hala ke kan.

Savvy : Hihihi! Boleh tahan kasar juga gurau Brader ni kan. Ok lah Brader, tuan saya dah miskol ni suruh amik dia kat depan Mydin tu. Jumpa lagi ya. Nanti sampaikan salam saya ke Abg Japar kalau jumpa.

Brader : Yelah. Elok-elok jalan tu.

Google ads
Back to top button