Buletin

KERETA API GELINCIR DARI LANDASAN DI UTAH – RATUSAN KERETA ROSAK TERUK

Beratus-ratus kenderaan dipercayai mengalami kerosakan apabila 33 buah gerabak kereta api tergelincir di kawasan terpencil di Nevada, berhampiran sempadan Utah, Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di Rainbow Canyon. Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak berkuasa masih membuat siasatan ke atas punca kejadian.

Mereka tidak menolak kemungkinan ia berlaku kerana perubahan suhu yang ketara pada waktu siang dan malam, sekali gus membuatkan landasan terkunci.

Sejumlah foto yang dikongsi oleh pejabat Sheridd Lincoln County hanyalah sebahagian kecil kerosakan. Ada banyak kenderaan dikatakan tercampak keluar daripada gerabak, termasuklah beberapa buah Jeep Gladiator baharu.  

Malah ada sekeping foto yang menunjukkan sebuah Gladiator terbalik, sementara kenderaan lain seperti trak pikap GMC dan Chevrolet lain mengalami kerosakan serius.

Insiden ini pasti membuatkan pelanggan terpaksa menunggu lebih lama sebelum boleh mendapat kenderaan masing-masing.  

Pihak polis menyatakan kereta api itu turut membawa banyak material berbahaya, termasuklah bahan kimia mudah terbakar. Mujurlah gerabak tersebut tidak tergelincir.

Google ads
Back to top button