Buletin

JUALAN KENDERAAN HONDA CECAH 500,000 UNIT!

Honda Malaysia Sdn.Bhd. (Honda Malaysia), pengedar rasmi jenama Honda di Malaysia mengumumkan kejayaannya merekodkan jualan kenderaan sebanyak setengah juta di Malaysia.

Honda-500,000- kenderaan-di-malaysia-mekanika-10-960x540 (1)

Model City dan  Civic adalah penyumbang teratas dengan rekod jualan masing-masing  209,056 unit dan 79,864 unit. Ia mewakili 40% dan 15% daripada angka jualan keseluruhan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Honda Malaysia berkembang dengan stabil dan mencapai total jualan 500,000 unit kenderaan.

Honda-500,000- kenderaan-di-malaysia-mekanika-10-960x540 (5)

“Ia adalah satu inspirasi buat kami kerana dapat meluaskan lagi keseronokan pengalaman pemanduan kereta Honda kepada  500,000 rakyat Malaysia.

“Kami ingin merakamkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana meyakini jenama Honda,” katanya.

Honda-500,000- kenderaan-di-malaysia-mekanika-10-960x540 (4)

Tahun 2015 adalah tahun penting buat Honda Malaysia. Awal tahun ini, Honda Malaysia telah menembusi segmen SUV (kenderaan utiliti sport) kompak menerusi pengenalan HR-V. Sejak dilancarkan Februari lalu,  jualan HR-V direkodkan sebanyak 16, 115 unit. Dengan model sedia ada Accord, City, Jazz, Civic, CR-V dan Odyssey, Honda Malaysia kini memenuhi pelbagai peringkat keperluan dan gaya hidup pelanggan yang berbeza.

Kejayaan berkenaan turut dibantu dengan pengembangan rangkaian pengedar Honda. Terkini, Honda memiliki 86 buah pusat pengedar seluruh Malaysia. Ia bagi menawarkan lebih banyak kemudahan dan akses kepada pelanggan di bandar-bandar utama dan kawasan pinggir bandar.

Honda-500,000- kenderaan-di-malaysia-mekanika-10-960x540 (3)

Selain itu, pembinaan saluran pengeluaran kedua di kilangnya di Pegoh, Melaka mampu menambah kapasiti produksi sehingga 100,000 unit. Malah pembukaan PDI Yard 3 baharu Ogos lalu juga membantu meningkatkan model CKD serta mempercepatkan operasi penghantaran.

Pasaran Sabah dan Sarawak turut diperkukuhkan. Pada Jun lalu, Honda Malaysia menubuhkan Hub Logistik di kedua-dua negeri berkenaan.

Honda-HR-V-mekanika

Rekod jualan Honda Malaysia dari Januari sehingga Oktober ialah  74,920 unit. Bulan Oktober mencatatkan jumlah tempahan tertinggi dengan 12,713 unit. Kini Honda Malaysia semakin hampir untuk mencapai 85,000 unit sasaran jualan tahunan.  Serta terus mendahului dalam segmen kenderaan bukan nasional.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button