Buletin

LAND ROVER DEFENDER EDISI TERHAD DILANCARKAN

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. (JLRM) telah melancarkan Land Rover Defender Edisi Terhad yang pasti menarik perhatian.

Land-Rover-Defender-Limited-Edition-mekanika (5)

Ia merupakan satu penghormatan untuk kenderaan 4 x 4 ikonik yang tidak akan dikeluarkan lagi selepas ini.

Pada asasnya, ia adalah trak pikap Land Rover Defender Double Cab yang ditambah baik dengan 13 aksesori eksklusif. Antaranya termasuklah set plat bercorak dam, rak bumbung, corong pengambilan udara lebih tinggi, palang perlindung sisi, set empat lampu limpah, alat penarik (winch) elektrik 9.5ti, kit aksesori winch, cagak bampar, cat  Santorini Black Eye dan banyak lagi.

Land-Rover-Defender-Limited-Edition-mekanika (3)

Land Rover Defender ini akan diubah suai mengikut tempahan dan boleh didapati daripada mana-mana wakil penjual Sime Darby AutoConneXion Sdn. Bhd. atau SISMA Auto Sdn. Bhd.

Harganya ialah RM153,888 seunit. Tambahan RM65,388 untuk Pakej Aksesori Edisi Terhad, termasuk caj buruh dan GST 6%.

Land-Rover-Defender-Limited-Edition-mekanika (2)

Pakej aksesori itu boleh dibeli oleh pemilik Land Rover Defender sedia ada. Asalnya ia berharga RM79,000. Tetapi kini boleh didapati pada harga istimewa sepanjang tempoh promosi mulai sekarang hingga 31 Disember 2015.

Semua aksesori ini akan dipasang oleh juruteknik terlatih serta dilindungi waranti, kecuali cat dan tayar off-road.

Land-Rover-Defender-Limited-Edition-mekanika (4)

“Land Rover Defender Edisi Terhad ini akan menjadi Land Rover Defender terakhir dihasilkan. Jadi, inilah masa paling terbaik untuk memilikinya,” kata Pengarah Urusan JLRM, Syed Mudzhar Syed Ali.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.landrover.com.my

Google ads
Back to top button