Buletin

POLIS MANCHESTER LELONG ROLLS ROYCE GHOST DENGAN HARGA RAHMAH, MESRA ABANG MLM

Greater Manchester Police (GMP) mengumumkan bahawa bakal melelong Rolls-Royce Ghost berwarna hitam pada harga yang murah tidak lama lagi.

GMP dalam satu kenyataan mengatakan, pemilik kenderaan mewah tersebut gagal mengemukakan dokumen sah pemilikan, satu keperluan mesti dipenuhi warga U.K. dalam tempoh 14 hari.

Dalam kenyataan sama, GMP menyebut harga kenderaan tersebut adalah bernilai AS$156,000 atau kira-kira RM738,348.

Beberapa butiran mengenai kereta itu juga didedahkan dan hanya satu foto kabur telah dikongsi.

Berdasarkan apa yang kita dapat lihat, ia adalah model Rolls-Royce generasi pertama, dilengkapi enjin 6.6 liter V12, berupaya menghasilkan 603hp.

Walau bagaimanapun, GMP tidak mendedahkan tarikh khusus jualan bahkan terdapat perkhabaran, tidak mustahil ia akan menjadi milik GMP.

Google ads
Back to top button