Buletin

DAIHATSU, TOYOTA DAN SUZUKI BAKAL PERKENALKAN VAN KEI ELEKTRIK – TAWAR JARAK GERAK 200KM

Bersempena sidang kemuncak G7 di Hiroshima, Jepun, Toyota, Daihatsu dan Suzuki mengumumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan van kei elektrik yang dibina mengikut spesifikasi kereta kei.

Selaras dengan matlamat neutraliti karbon, pengeluaran van kei elektrik akan memberi banyak manfaat kepada pengguna antaranya mendapat pengecualian cukai selain, dimensinya memudahkan perjalanan di jalan lebih sempit.

Pakar dalam kereta kei, Daihatsu, menamakan van kei itu sebagai HiJet Cargo di mana ia kelak menjadi pacuan roda hadapan, berbeza dengan varian petrol, pacuan roda belakang.

Bagi versi Toyota pula, ia dikenali sebagai Van Pixis, manakala Suzuki menggunakan nama Every, jenama yang telah wujud 1982.

Selain daripada logo jenama masing-masing, ketiga-tiga pengeluar bagaimanapun mengekalkan reka bentuk serupa dan menawarkan jarak gerak sekitar 200km bagi setiap pengecasan penuh.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Toyota, Koji Sato, menekankan bahawa syarikat perlu mempercepatkan pengeluaran EV termasuk memberi fokus kepada pengeluaran kenderaan berkuasa hidrogen serta hibrid.

Google ads
Back to top button