Buletin

JUALAN UMW TOYOTA NAIK 96% PADA JANUARI 2022. VIOS DAN HILUX PALING LARIS 

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa ia memulakan tahun ini dengan positif apabila mencatat jualan 7,528 unit model Toyota dan Lexus pada Januari 2022. Ini merupakan peningkatan 96 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 3,845 unit. 

Toyota juga berbangga kerana dapat merampas semula trofi jenama bukan nasional selepas enam tahun dikuasai oleh Honda. 

Vios kekal menjadi model paling laris Toyota dengan mewakili 28 peratus daripada jualan keseluruhan. Manakala trak pikap kegemaran ramai, Hilux pula menyumbang sebanyak 38 peratus jualan. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2022. Langkah ini jelas membantu pemain industri automotif untuk pulih daripada impak Covic-19 sejak dua tahun lalu,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

Sekarang ialah masa terbaik untuk anda membeli sebuah Toyota kerana UMW Toyota Motor sedang mengadakan kempen ‘Stay Ahead’ yang menawarkan penjimatan sehingga RM4,500. Promosi itu membolehkan anda memiliki Vios dengan bayaran bulanan bermula hanya RM540 dan Yaris RM493 sebulan sahaja. 

Selain angka jualan yang memberangsangkan, UMW Toyota Motor juga melancarkan model Corolla Cross Hybrid pada 14 Januari lalu. Model tersebut jelas mendapat sambutan hangat apabila merangkumi lebih 40 peratus daripada jualan keseluruhan Corolla Cross. 

Google ads
Back to top button