Buletin

KAKITANGAN SIME DARBY BOLEH TUKAR KERETA SETIAP TAHUN DENGAN PROGRAM EMAEP

Sime Darby Motors (SDM) baru-baru ini mengumumkan Employee Mobility at Ease Programme (EMAEP) yang terbuka kepada semua kakitangan Sime Darby Berhad dan anak syarikatnya di Semenanjung Malaysia. 

Program itu membolehkan kakitangan syarikat membeli kereta terpakai dan francais terpakai tanpa perlu membayar bayaran pendahuluan atau dalam jumlah yang minimum sahaja. Mereka hanya perlu membayar satu jumlah tetap setiap bulan untuk tempoh setahun. 

Bayaran bulanan itu merangkumi insurans, cukai jalan, penyelenggaraan serta wear and tear. Lebih penting lagi, program tersebut melindungi pembeli daripada penyusutan nilai yang berada di luar kawalan mereka. 

Tidak seperti majoriti pemilik kereta di Malaysia yang terikat dengan pinjaman selama lima hingga 9 tahun, kakitangan Sime Darby boleh menaik taraf atau menukar model berbeza berdasarkan kepada keperluan selepas kereta berkenaan dipulangkan kepada Sime Darby Auto Selection (SDAS). 

“EMAEP menjanjikan mobiliti dan keseronokan memandu kereta baharu setiap tahun. SDM sentiasa mencari jalan untuk memanfaatkan kepakaran untuk meningkatkan nilai kami. Program ini mampu memenuhi keperluan pelanggan, selain melengkapkan lagi inisiatif sedia ada yang ditawarkan oleh SDAS,” kata Pengarah Urusan Jualan dan Pengedaran SDM Malaysia, Jefferey Gan.  

Google ads
Back to top button