“KAMI GALI KUBUR KAMI SENDIRI!” – ELON MUSK
Selepas terlepas satu lagi tarikh akhir penghantaran Tesla Cybertruck, Elon Musk kini semakin bimbang mengenai segala sasaran diletakkan pada Cybertruck.
Menurut Elon Musk, perkara berkenaan terjadi disebabkan oleh cabaran dalam pengeluarannya.
“Kami menggali kubur kami sendiri dengan Cybertruck,” kata Musk.
“Produk istimewa (Cybertruck) yang datang sekali-sekala adalah amat sukar dibawa ke pasaran untuk mencapai jumlah jualan,” tambahnya.
Sebenarnya memulakan penghantaran yang tidak masuk akal hanyalah halangan pertama dihadapi Tesla.
Selepas itu, ia perlu meningkatkan pengeluaran dengan pantas jika Tesla mahu mencapai penghantaran Cybertruck kepada anggaran 2 juta orang yang berada dalam senarai menunggu.
Bagaimanapun, Musk telah memberi amaran bahawa pengeluaran besar-besaran trak itu kini tidak akan bermula sehingga 2025 dan fokus diberikan kepada senarai menunggu.
- BACA: TESLA TIRU REKAAN KATIL KUCING CYBERTRUCK DARI SYARIKAT TAIWAN? BIAR BETUL NI
- BACA: PELANGGAN TESLA CYBERTRUCK PERLU KESABARAN TINGGI – TEMPOH PENGHANTARAN MAKAN MASA LIMA TAHUN
- BACA: TESLA CYBERTRUCK SANGKUT DALAM LUMPUR
- BACA: TESLA GIGAFACTORY TEXAS TERIMA MESIN STAMPING 9000 TON, HASILKAN CYBERTRUCK