
PELANGGAN TESLA CYBERTRUCK PERLU KESABARAN TINGGI – TEMPOH PENGHANTARAN MAKAN MASA LIMA TAHUN
Pelanggan Cybertruck Tesla mungkin perlu bersabar lebih lama kerana baru-baru ini terdapat laporan mengatakan bahawa pembeli perlu menunggu selama lima tahun sebelum menerima trak mereka.
Menurut laporan, Tesla kini mempunyai lebih 1.9 juta tempahan, bersamaan dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$194 juta (RM888 juta).

Untuk rekod, varian dwi-motor paling banyak ditempah (43.9 peratus), diikuti varian tri-motor dan quad-motor, sementara varian motor tunggal, hanya menyumbang 8.2 peratus daripada jumlah tempahan tersebut.
Meskipun lima tahun bukanlah tempoh yang singkat, data menunjukkan pengguna masih berminat untuk memiliki Cybertruck.
Terdahulu, Elon Musk mendakwa syarikat itu boleh menjual antara 250,000 hingga 500,000 unit setahun, bergantung kepada permintaan.
- BACA: TESLA BAKAL BUKA TEMPAHAN TESLA MODEL 3 OKTOBER NANTI, ANGGARAN HARGA RM160K
- BACA: PEMILIK BINGUNG BILA “PEDAL MINYAK” TESLA HAMPIR PUTUS DUA – EH DIA MANA PAKAI MINYAK
- BACA: TESLA MODEL Y RASMI DILANCARKAN, TIGA VARIAN, 534HP, JARAK GERAK 533KM, HARGA BERMULA RM199K
- BACA: TESLA MODEL Y ‘RECOND’ TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% – ELAK MAKIN RUGI






