Artikel Pilihan

TESLA TIRU REKAAN KATIL KUCING CYBERTRUCK DARI SYARIKAT TAIWAN? BIAR BETUL NI

Kisah-kisah berkaitan dengan Tesla ni memang mudah menjadi perhatian ramai. Ramai ynag berangan nak beli Tesla sebab kononnya harga dah murah. Ingat sikit murah Tesla tu masih lagi tak sama dengan harga kereta keluaran Asia. Bukan hanya kereta EV, Tesla juga kadangkala turut mengeluarkan produk yang tidak berkaitan untuk mempromosikan kenderaan EV mereka.

Satu contoh ialah kotak katil kucing ala cybertruck. Tapi kini hangat dengan dakwaan satu syarikat Taiwan yang mendakwa ia adalah tiruan daripada produk keluaran mereka. Korang rasa macam mana? Tengok gambar dan nilaikan sendiri.

Produk katil kucing ini sebenarnya dikeluarkan Tesla awal bulan ini untuk pasaran China dan ia memang bertujuan untuk mempromosikan Cybertruck mereka. Alah trak EV dengan rupa paras macam kapal angkasa tu.

Bagaimana pun kini heboh bila Jeff Young, seorang YouTuber Taiwan menyatakan yang produk keluaran Tesla hampr 95 peratus sama dengan produk keluaran Hulumao, sebuah syarikat pengeluar perabut di Taiwan.

Mulanya kami sangka mereka cuma ingin mengambil kesempatan atas popularity Tesla tapi bila lihat gambar ni… Hmm nampak ketara sangat persamaannya. Beza pun cuma pada cap jenama Tesla pada hadapan produk.

Menariknya produk keluaran Hulumao ni dah berada di pasaran dari tahun 2017 lagi dan pernah memenangi anugerah rekaan dalam satu pertandingan. Ha, kena menjawab juga rasanya Tesla ni.

Cuma satu je, menurut Focus Taiwan, Hulumao tidak pernah mempatenkan produk ini atas nasihat peguam kononnya produk DIY keluaran syarikat kecil seperti mereka memang sukar untuk dipatenkan. Hampeh juga peguam kat sana kan?

Tapi Hulumao ni bijak, mereka menggunakan saluran media sosial untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada CEO Tesla, Elon Musk. Mereka secara sarkastik berterima kasih kepada Tesla kerana mempromosikan produk mereka walaupun mereka cukup pasti tidak pernah menghasilkan produk seumpamanya untuk Tesla. Mereka juga tidak pernah melesenkan produk mereka kepada Tesla untuk dijenamakan semula. Bijak kan?

Pengasas Hulumao, Hsiao Shih turut menyatakan yang tiada apa yang dapat mereka lakukan. Nampak tak mesej kat situ. Sudah tentu Tesla boleh melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan dan menjaga imej mereka di mata dunia. Bayar sajalah royalti kepada Hulumao. Ke macam mana?

Google ads
Back to top button