
TESLA CYBERTRUCK SANGKUT DALAM LUMPUR
Tesla dijangka akan memulakan operasi pemasangan trak pikap kontroversi Cybertruck pada suku ketiga tahun ini.
Sejak ia mula muncul di khalayak umum, trak pikap bersegi itu dilihat mempunyai potensi untuk mengalahkan pesaing di dalam segmennya.
Namun begitu, tidak semua berita berkenaan Cybertruck gah, ini kerana trak tersebut dilapor tersangkut dalam jalan berlumpur di sebuah kawasan luar bandar Texas, baru-baru ini.
Jika dilihat dengan lebih dekat, ia sebenarnya merupakan trak Cybertruck yang sama dipandu oleh Elon Musk selepas acara pecah tanah Tesla Lithium tempoh hari.
Menurut hantaran oleh pengguna Twitter, trak Cybertruck itu tidak langsung dilengkapi dengan tayar off-road, sebaliknya menggunakan tayar all-season yang langsung tidak sesuai untuk keadaan jalan yang teruk itu.
Trak tersebut tidak dipandu oleh Elon Musk, sebaliknya dipandu oleh Drew Baglino, Naib Presiden Kanan bahagian Kejuruteraan Tenaga dan Trenkuasa Tesla. – InsideEVs