Buletin

KANTOI CURI TELEFON BIMBIT. SUSPEK KENA IKAT DEPAN LORI

Percubaan seorang lelaki mencuri telefon bimbit dari sebuah lori mengundang padah.

Ia berikutan suspek yang kantoi melakukan perbuatan terbabit telah diikat pada bahagian kenderaan berat berkenaan ketika ia sedang bergerak.

Insiden dilaporkan berlaku berhampiran jejantas Bhutamundai di sepanjang jalan Chandikhol-Paradip di daerah Jagatsinghpur, India baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang viral di media sosial, suspek diikat pada bahagian hadapan lori malah dalam keadaan kenderaan berat itu sedang bergerak.

Ia sekali gus memaksa suspek berjalan dengan laju sebagai ‘hukuman’ perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Odisha (OHRC) menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas suspek sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Berikutan itu, mereka mengeluarkan notis kepada Jagatsinghpur SP supaya menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku dan menyerahkan laporan dalam tempoh 15 hari. – India.com

Google ads
Back to top button