Motosikal

PUSAT LATIHAN EASY MONNERET TAWAR KURSUS MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA DI PERANCIS

Peningkatan golongan penunggang motosikal elektrik mendorong Pengasas Pusat Latihan Easy Monneret, Philippe Monneret menawarkan kursus motosikal elektrik sahaja kepada orang ramai.

Ia menawarkan empat kursus berbeza seperti tahap kemahiran, umur dan kencenderungan terhadap jentera elektrik.

Easy Monneret membuka program berkenaan kepada penduduk Puteaux, Paris dan Lle-de-France.

“Penubuhan pusat latihan berkenaan merupakan respons kepada pertumbuhan pasaran jentera dua roda elektrik.

“Ia juga mampu menawarkan keperluan dari segi pencegahan dan Latihan kepada para pelanggan baru terutama di Kawasan bandar,” jelas  Philippe Monneret.

Dia memberitahu Easy Monneret berinovasi dengan kursus, program,trek, struktur dan peranti disesuaikan kepada pengguna dua roda bermotor.

Golongan belia yang berminat menunggang boleh mengikuti kelas Mini Motorcycle Initiation pada harga AS$85 (RM372).

Sesi selama dua jam itu memenuhi keperluan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dengan peserta akan menunggang KTM SX-E 5 di litar du Paul Richard.

Penunggang berusia 14 tahun ke atas boleh mengikuti kursus AM (BSR) yang membenarkan para peserta meninggang skuter 50 cc.

Easy Monneret membahagikan masa 8 jam untuk teori dan pratikal melalui du akelas pada harga AS$267 (RM1170).

Bagi mereka yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki permit B boleh mengikuti kursus Formation 125.

Selepas menamatkan kursus selama satu hari dengan kelas selama tujuh jam para peserta akan memperoleh lesen untuk menunggang jentera 125 cc. – rideapart

Google ads
Back to top button