Buletin

KAPAL PEMBAWA KERETA TERBAKAR, SEORANG MAUT – EV PUNCA KEBAKARAN

Sekurang-kurangnya seorang maut apabila kapal pembawa kereta, Fremantle Highway, terbakar di lautan Denmark baru-baru ini.

Menurut laporan, 23 anggota kapal lain hanya mengalami kecederaan manakala ada beberapa anggota memilih terjun ke dalam laut bagi mengelak api yang merebak dengan pantas.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan tetapi ketika kejadian, terdapat 2,857 kenderaan termasuk 25 buah kenderaan elektrik.

Reuters melaporkan bahawa kebakaran bermula ‘berhampiran’ sebuah kenderaan elektrik walaupun setakat ini punca sebenar belum diketahui.

Dalam pada masa sama, pihak bomba juga tidak menolak faktor kenderaan elektrik adalah punca kebakaran. Menurutnya, kebakaran ini sangat sukar dikawal, bahkan makan masa berhari-hari.

“Kebakaran ini tidak boleh dikawal dengan apa cara sekalipun, walaupun air sedang disembur di tepi kapal untuk memastikan ia stabil,” katanya.

“Kapal ini telah diikat kabel untuk mengelaknya daripada hanyut ke kawasan lain.”

Tambahnya, kawasan di mana ia terbakar, kepulauan Frisian, dianggap sensitif dari segi ekologi. Jika kapal itu karam di kawasan ini, ia boleh memusnahkan hidupan liar lain.

Google ads
Back to top button