
SYARIKAT PERKAPALAN NORWAY TAK NAK ANGKUT KENDERAAN ELEKTRIK, RISIKO MUDAH TERBAKAR
Syarikat perkapalan dari Norway, Havila Krystruten, yang berlayar dari bandar pantai Bergen dan Kierkenes mengatakan kebimbangan mengenai kenderaan elektrik begitu mudah terbakar. Ia sekaligus merisikokan keselamatan penumpang serta anak kapal.
Kebimbangan tersebut datang dari kes berlakunya kebakaran di Atlantik baru-baru ini. Insiden itu melibatkan kapal Felicity Ace dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan tetapi ia hampir pasti disebabkan oleh kenderaan elektrik yang ada di atas kapal.
Walaupun penyelidikan menunjukkan bahawa, secara purata, kenderaan pembakaran dalaman lebih kerap terbakar berbanding kenderaan elektrik, namun Havila Krystruten menjelaskan tentang keupayaan memadam kebakaran dan bukannya kekerapan kebakaran.

“Ini adalah penilaian keselamatan yang tulen, dan kesimpulan analisis risiko menunjukkan bahawa kemungkinan kebakaran dalam kenderaan fosil akan dapat dikendalikan oleh sistem dan anak kapal sedi ada,” kata pengarah urusan syarikat, Bent Martini.
“Kemungkinan kebakaran dalam kereta elektrik, hibrid atau hidrogen akan memerlukan usaha menyelamat luar biasa dan boleh menyebabkan orang ramai di atas kapal menanggung risiko.”
Namun, masalah utama di Norway ialah lebih 80 peratus daripada semua kenderaan yang dijual di negara itu pada 2022 adalah elektrik sepenuhnya.
Syarikat perkapalan itu sebelum ini mengakui bahawa pengangkutan kenderaan di atas kapal adalah penting, selepas timbul ketidakpastian sama ada mereka boleh membawa sebarang kenderaan sama sekali.
Jurucakap Havila Krystruten mengatakan bahawa sekarang ia akan melihat cara untuk meminimumkan risiko mengangkut kenderaan elektrik dan hibrid pada masa hadapan.
- BACA: CANDELA P-12, KAPAL PENUMPANG ELEKTRIK TERPANTAS DI DUNIA, BAKAL DIUJI SELAMA SEMBILAN BULAN BERMULA TAHUN HADAPAN
- BACA: EU SEKAT KAPAL TANGKI BAWA MINYAK MENTAH DARI RUSIA, ANTARA PUNCA PERMINTAAN KAPAL TANGKI HARAM MENINGKAT
- BACA: 3 LELAKI SEMBUNYI DI KEMUDI KAPAL SELAMA 11 HARI DARI NIGERIA KE KEPULAUAN CANARY
- BACA: RUMAH ATAS KAPAL MEWAH RM4 JUTA. MULA BERLAYAR TAHUN 2025. BOLEH KELILING DUNIA DENGAN BERGAYA









