" "
Artikel Pilihan

KAPAL SELAM DIESEL KALAHKAN SUPERCARRIER NUKLEAR

Pada tahun 2005, Tentera Laut Amerika telah mengadakan satu latihan peperangan olok-olok bersama rakan sekutu NATO. Latihan peperangan ini turut disertai oleh Sweden dengan sebuah kapal selam berkuasa elektrik disel dari kelas Gotland yang bertindak sebagai bogey (orang jahat). Tentera Laut Amerika berasa sangat yakin dengan kemampuan USS Ronal Reagen iaitu sebuah kapal pengangkut berkuasa nuklear

USS Ronald Reagen dikuasakan oleh 2 reaktor nuklear dan 4 stim turbin yang mampu menghasilkan 260,000 kuasa kuda serta dilindungi oleh sekumpulan kapal lain seperti corvette, cruiser dan kapal selam yang lain milik Amerika. Mana mungkin sebuah kapal selam kecil berkuasa disel mampu mendekati, membidik dan menembak torpedo kepada USS Ronald Reagen

Tapi itulah yang sebenarnya yang terjadi, HSwMS Gotland berjaya menembak secara olok-olok beberapa torpedo pada USS Ronald Reagen dan mengambil gambar setelah berjaya melepasi semua halangan pengesan anti kapal selam milik Tentera Amerika. Kejayaan HSwMS ini sebenarnya terletak pada sistem janakuasa elektrik disel yang dipasang pada kapal selam ini.

Berbeza dengan kapal selam lain yang menggunakan kuasa nuklear, Sweden memilih untuk membangunkan kapal selam dari jenis elektrik disel kerana ia lebih murah untuk dibangunkan dan lebih mudah untuk diselenggara berbanding dengan janakuasa nuklear. Namun kelemahan utama teknologi hibrid disel ini ialah ia tidak dapat menyelam dengan lama disebabkan keupayaan bateri yang rendah.

Bagi mengatasi masalah ini, jurutera membangunkan kapal selam ini dengan beberapa ciri yang menarik. Kuasa penggerak utama kapal selam ini datang dari 2 unit enjin yang dijana dengan menggunakan disel. Enjin ini menghasilkan 1300 kuasa kuda per unit menjadikannya 2600 kuasa kuda ketika beroperasi

Enjin ini dihasilkan oleh MTU Friedrichshafen GmbH yang diasaskan oleh Wilhelm dan Karl Maybach sebelum ia diambil alih oleh Rolls Royce. Unit kedua janakuasa pula merupakan sistem motor elektrik yang dijana oleh bateri dengan 1800 kuasa kuda. Biasanya kapal selam elektrik akan belayar seperti kapal biasa dengan menggunakan kuasa enjin disel pada permukaan.

Dalam keadaan defensif, ia perlu menyelam dalam air dan menggunakan kuasa bateri untuk menggerakkan motor elektrik. Bagi rekaan tradisional, kapal selam akan menyelam sehinggalah ia kehabisan kuasa bateri dan perlu timbul semula di permukaan untuk mengecas semula bateri dengan enjin disel. Kelemahan ini menyebabkan tentera laut Amerika berasa yakin mereka akan mengesan HSwMS Gotland di permukaan laut.

Namun kapal selam ini ada muslihat lain iaitu 2 unit enjin Kockum Stirling enjin yang menjana 101 kuasa kuda per unit. Enjin ini sebenarnya direka menerusi paten oleh jurutera Robert Stirling pada tahun 1816 lagi. Berbeza dengan enjin pembakaran dalam, enjin rekaan Stirling merupakan enjin yang berasaskan kepada enjin stim yang pernah menggerakkan kereta api pada zaman dahulu

Haba akan dibekalkan pada satu silinder menyebabkan udara dalam piston mengembang. Bagi mengurangkan tekanan, udara yang panas akan bergerak ke silinder kedua yang lebih sejuk. Pergerakan udara panas ke tempat sejuk ini akan menghasilkan gerakan mekanikal pada flywheel dan dalam kes kapal selam Gotland ia digunakan untuk mengecas bateri sistem janakuasa elektrik.

Bagi membekalkan haba pada enjin Stirling, disel dan cecair oksigen dibekalkan pada sistem enjin tanpa memerlukan udara pada tekanan atmosfera untuk berfungsi. Enjin Stirling ini akan menghasilkan 202 kuasa kuda yang boleh digunakan samaada untuk menggerakkan kapal selam dalam keadaan mode senyap (stealth mode) pada halaju 9.3km/j ataupun mengecas bateri sistem. Enjin ini membolehkan kapal ini beroperasi selama 2 minggu tanpa timbul semula di permukaan laut.

Disebabkan enjin stirling ini berfungsi dalam keadaan close loop (haba dan tekanan dikitar semula) amat sukar untuk haba yang dihasilkan dikesan oleh pengesan kapal musuh. Tambahan pula jika haba dibebaskan ia akan diserap oleh air laut yang berada di persekitaran kapal selam. Tambah merumitkan lagi apabila pengesan kapal selam yang mengesan kapal selam berdasarkan jejak radioaktif tidak dapat digunakan kerana tiada kesan radioaktif dihasilkan.

Dalam mode peperangan kapal selam ini akan menggunakan sistem sonar pasif elketronik berkuasa tinggi yang akan mendengar frekuensi dari kapal yang berdekatan. Kapal selam ini mampu mengesahkan kapal yang lalu datang dari negara mana berdasarkan sistem ini. Disebabkan kecanggihan kapal selam HSwMS Gotland ini, tentera laut Amerika terpaksa menyewa kapal ini selama 24 bulan bagi tujuan kaji selidik

Google ads
Back to top button