PEMANDU FORD MUSTANG BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 6 TAHUN – LANGGAR BAS SEKOLAH PULOK DOH
Jabatan Polis Albuquerque baharu sahaja mendedahkan rakaman mengerikan semasa sebuah bas sekolah penuh dengan pelajar dilanggar Ford Mustang yang tengah ‘hilang akal’ lewat Februari lepas. Hai merosakkan imej pemilik Pok Mustar la dia nih.
Pemandu Mustang terbabit, Mario Perez , 49 tahun, dikatakan memandu dengan kelajuan sekitar 161 km/j semasa kejadian (kau nak terberak ke apa?) dan dikatakan sedang berlumba dengan sebuah lagi Mustang berwarna biru yang melarikan diri selepas kemalangan. Oo tengah race rupanya. Fuh, bila dua Mustang bergabung memang meletop eh.
Rupanya had laju di kawasan tersebut cumalah 60 km/j. Makan tak habis la kau Perez oi. Silap-silap beraya dalam lokap la. Kalau sabun jatuh cepat-cepat pungut deh.
Mustang milik Perez melanggar salah satu tayar bas sekolah tersebut membuatkan ianya terbalik dan hampir kesemua penumpang bas melambung ke segenap bahagian kabin. Tujuh penumpang kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan. Dua pelajar mengalami kecederaan kaki yang serius, seorang patah tulang peha (ngeri wei) manakala seorang pelajar berusia 13 tahun retak tulang pelvic.
Aduh, kalau ada anak PokYa atas bas tu memang Pokya ajak Muda Primula dan Japar Flamingo pernah tampar budak Perez tu 17 kali seorang. Kurang ajar betul.
Perez sendiri turut patah tulang peha akibat kemalangan (not bad my man) tapi tidak menunjukkan tanda mabuk sewaktu kemalangan. Lawan beliau dalam Mustang biru memang belah macam tu je. Brotherhood la sangat.
Menurut pemandu bas, kedua Mustang terbabit memang berlumba dan bersaing antara satu sama lain. Sewaktu bas mula bergerak melintas jalan, Mustang biru menang dan Mustang putih terus melanggar bas sekolah terbabit (dipendekkan cerita).
Perez dikenakan dua dakwaan, memandu melulu dan mengakibatkan kecederaan. Kedua dakwaan tersebut bakal menghadiahkan beliau hukuman 6 tahun penjara.
Datuk Bandar Albuquerque menyatakan yang kesemua pelajar terbabit mungkin terkorban akibat dua ekor malaun ni yang berlumba di jalan raya umum. Harap-harap dapat hukuman yang lagi berat la kan. Kasi dia reti sikit apa itu penyesalan