Buletin

SUZUKI AKAN LANCAR EV PERTAMA TAHUN 2025. INDIA TERIMA DAHULU SEBELUM EROPAH DAN JEPUN

Suzuki dijangka memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada tahun 2025. Langkah itu dilihat mampu mempercepatkan peralihan EV ke dalam segmen kereta kompak. 

EV itu akan dilancarkan ke pasaran India terlebih dahulu, sebelum diikuti oleh Eropah dan Jepun. Jentera tersebut bakal ditawarkan pada harga sekitar 1.5 juta yen (RM57,240) atau lebih murah selepas diambil kira subsidi yang diberikan oleh kerajaan. 

Dengan inisiatif Suzuki, pengeluar kenderaan utama Jepun dilihat bakal memasuki pasaran EV juga. India yang merupakan pasaran automotif kelima terbesar di dunia menyaksikan jualan EV ahak perlahan dengan hanya 3 juta unit setahun. 

India menetapkan sasaran untuk menjadikan 30 peratus kereta baharu yang dijual adalah EV. Untuk mencapai sasaran tersebut, kerajaan India menawarkan insentif berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.43 bilion) kepada pembeli dalam tempoh tiga tahun bermula 2019. Insentif itu kemudian dilanjutkan kepada dua tahun lagi.

Suzuki menguasai 50 peratus pasaran di India. Dengan menambah model EV ke dalam porfolionya, Suzuki berharap dapat terus kompetitif. Pengeluar kenderaan India sudahpun mengumumkan pelan untuk melancarkan EV pada harga yang hampir sama dengan Suzuki. 

Usaha pembangunan model EV Suzuki bermula selapas ia mengumumkan bakal melabur sebanyak 1 trilion yen (RM37.6 bilion) menjelang Mac 2026 dalam aspek penyelidikan dan pembangunan elektrifikasi kenderaan. Sebagai sebahagian daripada peralihan ke EV, Suzuki telahpun menawarkan kenderaan hibrid di India. 

Ia juga bakal mempunyai sebuah kilang bateri dengan kerjasama sebuah syarikat pembuat alat ganti kereta, Denso dan Toshiba. Kilang berkenaan dijadual dibuka pada September untuk menghasilkan bateri lithium-ion bagi kegunaan kereta hibrid.  

Suzuki boleh dikatakan agak lambat masuk ke dalam segmen EV berbanding pengeluar kereta Jepun yang lain. Toyota misalnya, sudahpun EV. Manakala Subaru kini sibuk membangunkan EV dengan Toyota. Nissan, Mitsubishi dan Honda juga sedang membina EV kompak masing-masing. 

Google ads
Back to top button