Buletin

KAPAL SELAM KE LAMBORGHINI HURACAN SPYDER?

Sejak minggu lalu, ribut tropika ETA melanda Florida Selatan, Amerika Syarikat (AS) sehingga para pemandu terpaksa mencari laluan selamat melalui kawasan banjir.

Keadaan banjir agak teruk melanda Miami dan rakaman sebuah jentera Lamborghini Huracan Spyder meredah jalan raya dipenuhi air bagaikan kapal selam mencuri tumpuan orang ramai.  

Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk netizen yang teruja dengan kemampuan Lamborghini terbabit.

Bagaimanapun, tindakan tersebut merupakan idea kurang bijak kecuali anda memandu pikap ataupun kenderaan dengan jarak tinggi dari tanah.

Apabila berdepan keadaan banjir, pemandu sepatutnya mencari lokasi selamat terlebih dahulu dan memberhentikan kenderaan mereka ataupun mencari laluan tidak dinaiki air bukan meredah sehingga kelihatan seperti kapal selam.

Selain, Lamborghini Huracan Spyder tersebut, terdapat Gallardo yang melakukan perkara sama di San Diego.

Tindakan berkenaan bukanlah sesuatu yang bijak kerana boleh merosakkan kenderaan walaupun terdapat banyak lagi pemandu mencuba nasib apabila berdepan keadaan banjir. – carscoops.

Google ads
Back to top button