Artikel Pilihan

KAPAL TANGKI MV ADEN, DILENGKAPI DENGAN 4 LAYAR GENTIAN KARBON SETINGGI 131 KAKI

Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, banyak syarikat pengangkutan utama dunia meneroka pelbagai alternatif lain termasuklah menggunakan semula layar bagi menggerakkan kapal tangki mereka. Namun layar ini tidak dihasilkan daripada kain, sebaliknya ia menggunakan gentian karbon.

Sebuah kapal tangki terbaru yang dihasilkan oleh syarikat yang berpengkalan di China iaitu MV Aden telah memasang layar yan dihasilkan daripada gentian karbion setinggi 131 kaki bagi mengangkut minyak mentah untuk diproses melintasi lautan

Dalian Shipbuilding Industry Company yang membina MV Aden bagi China Merchants Energy Shipping memiliki saiz sepanjang 1092 kaki berupaya membaway 2 juta tong petroluem untuk satu perjalanan. 4 ayar ini bila digabungkan memiliki luas sebanyak 12,900 kaki persegi dikawal dengan Aerofoil Sails Intelligent Control.

Sistem ini akan mengawal layar ini berdasarkan input data sebenar seerti halaju angin dan arah pergerakan kapal bagi memaksimakan penggunaan layar. Walaubagaimanapun layar ini bukanlah bertindak sebagai penggerak utama kapal kerana ia hanya membantu enjin kapal sahaja

Data menunjukkan layar ini berupaya mengurangkangkan penggunaan bahan api sebanyak 9.8% dan seterusnya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke persekitaran sebanyak 3200 ton bagi pelayaran antara Timur Tengah ke Asia Timur.

Kapal MV Aden ini memenuhi syarat keperluan Harmonized Common Structural Rules (HCSR) iaitu peraturan pelepasan oxynitride dan oxysulfide emission standards, Energy Efficiency Design Index (EEDI) dan Energy Efficiency Existing Ship Index (EEXI). Semua syarat ini digazetkkan sebagai keperluan terbaru bagi menghasilkan kapal tangki mesra alam.

Google ads
Back to top button