Buletin

KARNIVAL PANDU UJI MEGA PROTON

Jika anda tiada rancangan pada hujung minggu ini (30 November & 1 Disember 2013), apa kata luangkan masa berkunjung ke Stadium Shah Alam untuk menyertai Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola! Proton. 

Print

Berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, ia merupakan karnival pandu uji dan pameran terbesar yang dianjurkan oleh Proton. Tujuannya, memberi peluang kepada orang ramai untuk memandu uji model terkini Proton.

New Image

Sebanyak 79 unit kereta meliputi model Suprima S, Prevé, Exora, Saga, Satria Neo dan Inspira tersedia untuk dipandu uji. Selain pandu uji, anda juga boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus untuk model-model terpilih Proton sepanjang karnival tersebut.

Print

Pakej-pakej menarik turut disediakan. Misalnya diskaun sehingga 60 peratus untuk alat-alat ganti terpilih bagi model Waja, Wira, Savvy, Persona, Inspira, Saga dan banyak lagi. Malah ada alat ganti yang dijual pada harga serendah RM1!

Para pelajar pula boleh memiliki sebuah kereta menerusi skim pembiayaan mudah daripada Maybank. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej-pakej menarik yang lain, sila datang ke karnival ini.

garaj - CVR Proton FLX (1)

Selain pandu uji, pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya ialah program pencarian bakat oleh pihak KRU Studios, di samping persembahan artis Forteen, Aweera (MOJO) dan SOFARZ. Aktiviti Gymkhana dan demonstrasi oleh pasukan PROTON R3 serta LOTUS Cars Malaysia juga diadakan.

garaj - Exora turbo (8)

Mereka yang memandu uji mana-mana kereta Proton secara automatik layak untuk menyertai Peraduan Pandu dan Menang dengan hadiah utamanya ialah sebuah Proton Prevé LE. Hadiah-hadiah lain yang turut ditawarkan ialah televisyen LED 42”, Samsung Galaxy Note 3, iPad Mini dan wang tunai mingguan sebanyak RM500.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button