Buletin

SILAP TEKAN PEDAL MINYAK, MYVI REMPUH BALAI POLIS DI KETEREH, KELANTAN.

Sebuah Perodua MyVi yang dipandu seorang wanita warga emas berusia 55 tahun dilapor terbabit kemalangan sebelum terbabas dan merempuh Balai Polis Ketereh hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.15 pagi itu menyebabkan seorang lelaki berusia 30-an cedera di muka dan tulang hidungnya patah. Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.

Insiden berlaku kerana pemandu dari Kampung Pasir yang ingin ke Kok Lanas itu didakwa tersilap tekan pedal minyak, bukannya brek ketika tiba di lampu isyarat. 

“Kereta itu telah melanggar seorang lelaki yang sedang berurusan di kauntaer polis. Ini menyebabkan mangsa berusia 49 tahun cedera dan dirawat di  Hospital Raja Perempuan Zainab II,” kata Abdul Rahim. 

Menurut adik mangsa, dia menerima panggilan telefon daripada abangnya, Anuar Ismail yang berada di balai polis untuk mendapatkan surat pelepasan pulang ke Bentong, Pahang. Anuar dikatakan sempat mengelak dan terjatuh kerana terlanggar cermin sisi kereta berkenaan.  

Pelanggaran itu menyebabkan kaunter, bahagian hadapan balai dan peralatan komputer di balai berekaan rosak teruk. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Harian Metro / Sinar Harian

Google ads
Back to top button