Buletin

MODEL KAWASAKI ZX-10R DAN ZX-10RR 2023 MAMPU MENJANA 214 KUASA KUDA, HARGA BERMULA DARI RM90K

Kawasaki telah mendedahkan motosikal model tahun 2023 ZX-10R dan ZX-10RR. Kemas kini 2023 bukanlah revolusi daripada generasi semasa Kawasaki litre sports bikes.

Model 2023 tetap dengan pendekatan unik Kawasaki terhadap aerodinamik yang pertama kali diperkenalkan pada 2021. Terdapat pilihan warna baharu untuk ZX-10R, iaitu Pearl Robotic White/Metallic Diablo Black serta warna standard Lime Green/Ebony Black, manakala ZX-10RR hanya tersedia dalam”Lime Green.

Kedua-dua model keluaran 2023 ini boleh disambungkan ke aplikasi Rideology Kawasaki melalui papan pemuka TFT lima inci selain penggunaan lampu LED. Kedua-duanya juga didatangkan dengan sistem pengurusan selekoh Kawasaki (cornering management system), KCMF, serta electronic cruise control dan mod penunggang bersepadu.

Ia didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 998cc iaitu sekitar 203 kuasa kuda untuk ZX-10R.

ZX-10RR juga mempunyai valve springs, camshafts dan piston pins yang berbeza. Ia berbeza daripada ZX-10R, memiliki titanium connecting rods dan lightweight pistons, yang kedua-duanya datang daripada Pankl. Selain itu, tayar Marchesini terdapat pada ZX-10RR tidak sama dengan tayar ZX-10R, serta tayar Pirelli Diablo Supercorsa hanya tersedia untuk ZX-10RR sahaja.

Untuk suspension, terdapat Balance Free forks 43mm di bahagian hadapan, cakera brek 330mm dan angkup jejari empat omboh (four-piston radial callipers) dari Brembo. Di belakang pula terdapat penyerap hentakan bercas gas BFRC yang menampilkan kebolehlarasan pramuat.

Untuk ZX-10RR, ia mampu menjana sehingga 214 kuasa kuda, dan pada rpm yang lebih tinggi. ZX-10R menghasilkan kuasa puncak pada 13,200 rpm, manakala output puncak ZX-10RR adalah 14,000.

Harga untuk Kawasaki ZX-10R 2023 ialah £17,499 (RM90,705), manakala untuk ZX-10RR 2023 pula ialah £25,429 (RM131,810).

Google ads
Back to top button