Motosikal

KAWASAKI PANGGIL SEMULA 1,282 UNIT Z125 PRO DI AS

Kawasaki memanggil semula model kecilnya, Kawasaki Z125 Pro di pasaran Amerika Syarikat.

Kawasaki-Z125-Pro-recall-2016-mekanika (2)

 

Panggilan semula itu dibuat berikutan kerosakan pada penyerap hentak. Menurut laporan pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA), masalah itu boleh menyebabkan kebocoran minyak dan komponen tersebut gagal berfungsi dengan baik.

Ketiadaan minyak pada penyerap henti boleh mengubah karekteristik pengendalian motosikal. Memandangkan isu itu beriko mengakibatkan kemalangan, Kawasaki akan memanggil semula 1,282 unit Kawasaki Z125 Pro.

Kawasaki-Z125-Pro-recall-2016-mekanika (3)

Kawasaki akan menghubungi para pemilik yang terlibat. Pengedarnya juga menggantikan penyerap hentak yang rosak secara percuma. Panggilan semula itu dijangka bermula pada hari ini. Kawasaki memperkenalkan Kawasaki Z125 Pro untuk bersaing dengan Honda Grom di sana.

Google ads
Back to top button