Motosikal

KAWASAKI PERKENAL Z900 DAN Z650 EDISI ULANG TAHUN KE-50

Pada tahun 1972, Kawasaki memperkenalkan jentera legend  Z1 dengan memadankan livery Fireball sehingga berjaya menarik minat penggemar motosikal.

Sebagai memberi penghormatan model siri Z mewarnai pentas automotif selama 50 tahun, Kawasaki menampilkan dua model edisi khas Z900RS dan Z650RS dengan livery Fireball.

Selain itu, syarikat pengeluar Jepun itu turut memperkenalkan Z900 dan Z650 yang mengenakan ‘pakaian’ moden.

Kawasaki terlebih dahulu,  membangunkan proses pelbagai lapisan mengecat khusus dalam mendapat sentuhan warna dan tekstur berkilat jentera retro roadster asli Z1.

Proses mengecat digunakan membantu dalam memperoleh tona coklat lebih gelap dan warna jingga seakan terbakar.

Selain proses mengecat, Kawasaki juga menambah baik dua siri RS itu dengan menggunakan rim aloi emas, lencana ulang tahun ke-50 atas tangki minyak dan penutup enjin.

Bahagian sisi hadapan pula, ia hadir dengan lencana vintaj 900 Double Overhead Camshaft manakala tempat duduk mendapat tekstur persis Z900RS tahun 2018.

Model siri ulang tahun ke-50 siri Z akan memasuki bilik pameran Kawasaki di Jepun bermula 1 Februari depan.

Pelanggan di pasaran Eropah pula dapat membelinya bermula musim bunga akan datang. –rideapart

Google ads
Back to top button