
2 MARSHAL DITAHAN POLIS, KAWASAKI GTR 1400 DAN Z800 DIRAMPAS
Polis sudah menahan dua lelaki yang bertindak sebagai marshal dan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong, Port Diickson baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2.45 pagi di kawasan Springhill dan Lukut, Negeri Sembilan.
“Kedua-dua suspek masih bujang dan bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang. Turut dirampas ialah dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian serta kasut yang digunakan semasa rakaman dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Aidi Sham, kesemua suspek ditahan di Balai Polis Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Usaha mengesan empat individu yang bertindak sebagai marsyal masih lagi dijalankan,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan rakaman video tular berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook menunjukkan aksi marsHal mengawal dan memberhentikan kendereraan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini.
Ketika kejadian, lampu isyarat jelas berwarna merah. Tindakan marsHal itu dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.
Pergerakan motosikal berkuasa besar itu datang dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke bulatan Sunggala, Telok Kemang. – Utusan Malaysia
- BACA: BERLAGAK MACAM POLIS TRAFIK, POLIS CARI MARSHAL KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI
- BACA: PERLUMBAAN PERTAMA ATC DI LITAR MANDALIKA DIBATALKAN. LITAR BELUM SEDIA, MARSHAL TAK CUKUP, ALAMI MASALAH TEKNIKAL
- BACA: OPEL LANCAR MODEL KHAS MANTA GSE ELEKTROMOD. REKAAN KLASIK DAN MODEN, 145 HP/25 NM
- BACA: BAYAR SAMAN TRAFIK KEKASIH GUNA KAD KREDIT BINI, SUAMI AKHIRNYA KANTOI