Buletin

KE AFRIKA SELATAN KE KITA? ADA MUZIUM DATSUN YOB!

Tahukah anda Proton Savvy R3 ada dijual di Afrika Selatan? Tahukah anda Proton memang hebat? Tahukah anda scene kereta di Afrika Selatan sememangnya hebat sejak dari dulu lagi?

Buktinya ialah apabila seorang peminat kereta iaitu Freek de Kock mempunyai sebuah muzium dengan koleksi yang mampu membuat peminat Datsun atau Nissan menangis.

Beliau adalah pemilik Datsun Heritage Museum yang terletak di Bothaville, Free State dengan koleksi 118 buah model Datsun dan Nissan.

 

Di antara model-model di muzium tersebut ialah 240Z, 1600 SSS, Nissan Skyline GT-R Coupe 1971 dan lima buah lagi GT-R termasuk R35, Nissan President V8 limousine 1970 yang pernah dimiliki mendiang Presiden Mozambique, Samora Machel, Pulsar, 1200 GX, Laurel dan pelbagai lagi model ikonik.

Kebanyakan kereta ini masih lagi dalam keadaan elok dan yang mana kurang baik sedang dibaik pulih oleh bengkel kepunyaan Freek de Kock.

Memang menarik memandangkan Datsun telah lama menghentikan operasi dan baru aktif semula di Afrika Selatan sejak 2014. Berdasarkan sejarah, Datsun merupakan salah satu jenama yang digemari di Afrika Selatan di antara era 60an hingga 80an. 

Freek de Kock adalah seorang peminat Datsun sejak dari kecil lagi dan mula mengumpul koleksi kereta sejak 11 tahun lalu apabila anak lelaki beliau mengambil alih perniagaan keluarga.

Pada peringkat awal Freek de Kock menyangkakan sukar untuk mengumpul pelbagai model Datsun namun mula berubah apabila muziumnya semakin dikenali dan ada yang menawarkan kereta.

Kereta pertama yang dibaik pulih sepenuhnya oleh beliau ialah 300ZX dan minat terhadap jenama Datsun didorong oleh keistimewaan yang ada pada setiap model selain dari Nissan Datsun mempunyai rekod hebat di litar lumba.

Satu lagi sebab kenapa beliau bersungguh dalam projek ini ialah kerana percaya dalam menjaga warisan Datsun dan tanpanya kuranglah warisan untuk masa depan.

Muzium ini sebenarnya tidak dibuka untuk lawatan terbuka dan mereka yang berminat perlu membuat temu janji dahulu. 

BACA: DATSUN BLUEBIRD 510 ENJIN 50 TAHUN!

BACA: JANGAN TERTIPU, INI BUKAN FERRARI 250 GTO – TAPI DATSUN 280Z!

Google ads
Back to top button