Buletin

TOYOTA PERKENAL PROGRAM LOYAL-T. TAWAR LEBIH BANYAK GANJARAN

Ada ganjaran untuk kesetiaan anda! Inilah jaminan UMW Toyota Motor kepada semua pemilik kenderaan Toyota dengan pelancaran Program Loyal-T Toyota yang menjanjikan lebih banyak nilai dan ganjaran  untuk dinikmati. 

Program Loyal-T Toyota membolehkan semua pelanggan Toyota mendapat mata ganjaran ketika membeli kenderaan, servis kereta, pembelian alat ganti, memperbaharui insurans serta baik pulih cat dan badan di semua cawangan rasmi Toyota seluruh negara. 

Mata yang telah dikumpul itu boleh ditukar dengan baucar e-servis yang ditebus untuk servis akan datang. Program tersebut menggantikan program Toyota Merit yang berakhir pada Jun lalu.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata konsep, skim ganjaran dan struktur keahlian program sebegini telah mengeratkan hubungan di antara Toyota dan pelanggan sejak sekian lama.

“Membeli kenderaan Toyota adalah satu permulaan. Seperti juga mana-mana perhubungan, anda akan melalui fasa berkenalan. Setelah mengenali satu sama lain dengan lebih baik, kepercayaan akan terbina dan hubungan itu akan bertambah kuat. 

“Orang boleh datang dan pergi, tetapi pertaliannya akan terus kekal. Struktur keahlian yang menyeluruh melalui Program

Loyal-T Toyota mengiktiraf pertalian berkenaan. Ia merupakan bukti komitmen kami sentiasa berada di sisi pelanggan untuk beberapa generasi mendatang,” ujarnya.

Untuk mendaftar dalam Program Loyal-T Toyota ini, muat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive dari Google Play Store atau Apple App Store. Pelanggan kemudian perlu mendaftarkan perincian mereka dengan Toyota. Semua maklumat yang diberikan dijamin selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan Program Loyal-T Toyota ini melalui semua ganjaran yang ditawarkan dalam usaha UMW Toyota Motor untuk terus memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan dan menghargai mereka. Selain memberi lebih banyak nilai terhadap pengalaman pemilikan Toyota.

Maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my

Google ads
Back to top button