Artikel Pilihan

KEMELUT BERAKHIR. FIA BATAL KUASA AAM & IKTIRAF MAM

Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) pada 30 November 2018 kerana kegagalan mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.

Antara kesalahan yang dikenalpasti membawa kepada pembatalan in ialah dengan tidak mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) yang mengandungi dokumen seperti minit Mesyuarat Agung, senarai ahli jawatankuasa, penyata kewangan tahunan yang diaudit, laporan aktiviti tahunan dan senarai keahlian yang gagal dihantar sejak tahun 2016

Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana AAM masih tidak memberikan kerjasama walaupun telah beberapa kali diberi surat peringatan dan tunjuk sebab. Justeru tu PJS memutuskan bahawa AAM bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukan bermotor di Malaysia sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 20 Akta Pembangunan
Sukan.

Sejak kenyataan tersebut dikeluarkan maka bermulalah episod tergantung mengenai badan yang layak memberi pengiktirafan terhadap sukan motor negara kita.

Badan dunia permotoran FIA akhirnya membuat keputusan, bersetuju dengan pembatalan AAM tersebut setelah mengadakan mesyuarat dengan melantik Persatuan Motorsport Malaysia (MAM) untuk mengambil alih sebagai badan pengawal kebangsaan bagi sukan motorsport di Malaysia.

Dalam satu kenyataan bertarikh 18 Jun, berkata mereka telah memutuskan untuk menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) kepada MAM yang ditunjangi Presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, sebagaimana Perkara 5.2 dan 16.3 dalam Statutes FIA .

“Sebarang perkembangan lanjut mengenai subjek ini akan dikemukakan kepada ahli-ahli Majlis Sukan Motor Dunia pada mesyuarat berikutnya pada bulan Oktober,” kata Ketua Setiausaha FIA Motorsport, Peter Bayer.

Bayer berharap MAM akan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan perkembangan sukan motor berdaya maju di Malaysia.

Sementara itu, Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan FIA, dengan memberitahu bahawa keutamaan mereka adalah untuk memastikan bahawa sukan motor negara akan terus berkembang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Adalah penting bahawa sukan bermotor Malaysia mempunyai badan kerja untuk menjalankan kegiatannya dan juga menyokong pembangunan dan pertumbuhan, termasuk menyelia acara yang berkaitan dengan sukan motorsport.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa motorsport Malaysia akan mendapat yang terbaik,” kata Mokhzani.

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button