Motosikal

HONG LEONG BANK BERHAD TAWAR PINJAMAN MODAL BERSIH SEHINGGA RM5 JUTA KEPADA KEDAI MOTOR

Hong Leong Bank Berhad dan Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) hari ini menandatangani perjanjian untuk menawarkan penyelesaian pembankan bagi merancakkan pertumbuhan industri motosikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Hasil kerjasama ini, MMSDA dan 16 persatuan dan 6,000 ahli di bawahnya berpeluang mendapat manfaat daripada produk dan perkhidmatan yang direka khas bagi memenuhi keperluan individu serta perniagaan mereka.

Ia merangkumi program pembiayaan khas dan Program Pengedar Motosikal (MDP) yang menawarkan modal bersih sehingga RM5 juta.

Mereka juga layak untuk memohon Pakej Pinjaman Auto, Pengurusan Wang Tunai, Perkhidmatan Pembayaran dan Pedagang, Perkhidmatan Pertukaran Wang Asing dan Perkhidmatan Penyelesaian Digital.

“98.5 peratus perniagaan di Malaysia adalah PKS yang melibatkan pelbagai saiz dan sektor. Di HLB, kami percaya bahawa produk dan perkhidmatan kewangan mestilah dapat memenuhi segmen pelanggan secara spesifik.

“Kita memang tidak boleh menawarkan satu penyelesaian untuk semua keperluan PKS kerana mereka beroperasi dalam bermacam-macam industri, pasaran dan pelanggan yang berbeza,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda.

Portfolio pinjaman kepada kedai motor dilihat mengalami pertumbuhan tiga kali ganda dalam tempoh 18 bulan lalu, hasil kerjasama dengan MMSDA dan ahli-ahlinya.  

“Modal sentiasa menjadi kebimbangan utama pengusaha perniagaan kecil. Kami faham tentang keperluan ini dan akan menyediakan pelbagai penyelesaian kepada mereka menerusi produk-produk seperti SMElite, Priority Banking dan banyak lagi,” kata Ketua HLB SME Banking, Terrence Teoh.

Tags
Google ads
Back to top button