
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN INDONESIA SASAR PENGELUARAN 1.6 JUTA KERETA PADA TAHUN INI
Kementerian Perindustrian Indonesia menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 1.6 juta kereta tahun ini, menyaingi pengeluaran pada 2022 iaitu sekitar 1.5 juta unit.
“Untuk 2023, kita jangka kita boleh capai lebih 1.6 juta. Kenapa sasaran ini tidak terlalu besar? Kerana kita tahu masih ada ketidaktentuan yang akan menjejaskan pembangunan industri pada masa hadapan,” kata Menteri industri, Dodiet Prasetyo.
Meskipun menjangkakan kesulitan pada masa hadapan, kerajaan tetap mendorong industri untuk meluaskan pasaran eksport.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 400 ribu daripada 1.5 juta kereta yang dihasilkan pada 2022 telah dieksport, terutamanya ke negara-negara ASEAN.
“Kementerian menjangkakan eksport mencecah 400 ribu unit dan mencecah sehingga atau lebih 500 ribu unit.
“Sasaran tersebut telah ditetapkan berdasarkan pencapaian pada tahun sebelumnya dan akan terus dinilai setiap tiga bulan.” Jelas Dodiet.
Dalam pada masa yang sama, kementerian itu sudah pun menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kereta kepada lebih 2 juta menjelang 2030. Angka ini termasuk kereta elektrik, kenderaan tulen dan hibrid.
Berdasarkan Peraturan Kementerian Perindustrian No. 6 Tahun 2022, kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan 400 kereta elektrik pada 2025 dan sehingga 1 juta kereta elektrik menjelang 2035.
Menerusi peraturan itu, pengeluaran motosikal elektrik disasarkan mencapai 6 juta unit menjelang 2025 dan meningkat kepada 12 juta unit pada 2035.
Menurut rekod kementerian, prestasi industri automotif meningkat pada 2022, dengan jumlah pengeluaran kenderaan beroda empat mencecah 1.4 juta unit, meningkat 31 peratus berbanding 2021.
Manakala eksport kereta unit binaan lengkap (CBU) mencatat jumlah sebanyak 473 ribu unit, meningkat 61 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- BACA: KEMBAR AXIA, TOYOTA AGYA 2023 DILANCARKAN DI INDONESIA, 1.2L 3 SILINDER, 86HP, HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: INDONESIA BAKAL GUNA ELECTRONIC ROAD PRICING (ERP), NETIZEN MALAYSIA MAHU SISTEM SAMA DILAKSANAKAN
- BACA: JOKOWI YAKIN TESLA AKAN MELABUR DI INDONESIA. TAWAR PENGECUALIAN CUKAI, KONSESI MELOMBONG NIKEL
- BACA: BYD DAN TESLA BAKAL MELABUR DI INDONESIA – MANFAATKAN SUMBER NIKEL







