Buletin

WRC RALLY GUANAJUATO MÉXICO – CUACA EKSTREM BAKAL MENGUJI PEMANDU & JENTERA RALI

Pusingan ketiga kalendar FIA World Rally Championship (WRC) musim 2023 bakal berlangsung di Mexico setelah kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2020 yang lalu. Untuk perlumbaan ini, giliran Ott Tanak buat sekian kalinya untuk menjadi pemandu pertama dilepaskan, berdasarkan ranking kedudukan utama pemandu WRC musim ini yang akan bermula pada 16 – 19 Mac 2023

Dan sebagai pendahulu saingan, sudah tentu Ott Tanak akan diberikan peluang dan kesempatan untuk memulakan saingan pada hari Jumaat di kawasan pergunungan Guanajuato yang cukup terkenal dengan permukaan berbatu itu.

Untuk menemani pemandu Estonia yang memandu jentera Ford Puma Rally1 nanti, sudah pasti rakan sepasukan dari Perancis Pierre-Louis Loubet. Begitu juga dengan kehadiran seorang lagi pemandu persendirian, Jourdan Serderidis. dari Greece yang bakal memandu jentera ketiga Ford Puma Rally1.

Sementara itu, penyandang juara WRC, Kalle Rovanpera pula ok dengan situasi di Mexico kelak. Beliau mungkin boleh sedikit lega apabila Ott Tanak yang bakal memulakan perlumbaan sekali gus menyapu terlebih dahulu laluan kelak ketika pembukaan. Menurut Kalle Rovanpera, ketika di Sweden beliau yang memulakan terlebih dahulu perlumbaan mengakui sedikit bergelut dan kehilangan 30 saat masa berharga ketika melalui peringkat yang sedikit sukar.

Sementara itu, pasukan Toyota Gazoo Racing turut bakal menerima suntikan moral apabila sang lagenda Sébastien Ogier bakal kembali memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 bersama – sama Kalle Rovanpera dan juga Elfyn Evans. Ini bermakna Takamoto Katsuka bakal memandu jentera GR Yaris Rally1 keempat dan tidak akan mengutip mata untuk pasukan secara rasminya.

Rally Mexico kali ini bakal menguji jentera hibrid Rally1 dengan kondisi yang lebih mencabar dengan permukaan berbatu serta cuaca yang lebih panas berbanding dua lokasi perlumbaan sebelumnya. Dikhabarkan Rally Mexico ini bakal menguji kemampuan pemandu dan jentera, apatah lagi dengan kondisi yang panas dan berdebu serta ditambah lagi dengan ketinggian lokasi 2700 meter dari aras laut. Khabarnya juga suhu boleh mencecah sehingga 30’C yang pasti menguji sepenuhnya setiap jentera yang beraksi.

BACA : WRC 2018 RALI GUANAJUATO MEXICO – SÉBASTIEN OGIER JUARA LAGI!

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER KEMBALI BANGKIT DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button