
KEMPEN BAIKI TRITON LITE TURBO
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan kempen membaiki model Mitsubishi Triton LITE Turbo yang dijual dari April 2012 hingga Disember 2013.
Kempen tersebut melibatkan 2,200 unit Triton LITE Turbo. Ia dibuat sebagai langkah keselamatan untuk menggantikan dan mengetatkan semula bolt takal aci engkol (crankshaft pulley bolt), walaupun tiada kemalangan dilaporkan di Malaysia.
MMM telah pun menghantar notis kepada pelanggan yang terlibat. Semua kos akan ditanggung oleh pihak MMM. Justeru, MMM menyeru semua pelanggan supaya membuat temu janji dengan mana-mana pusat servis sah Mitsubishi di seluruh negara untuk menggantikan komponen tersebut. Proses penukaran itu dijangka mengambil masa selama satu jam.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat), 9:00am-5.00pm.









